Sekolah Menengah Montfort ambil tindakan disiplin terhadap pelajar terlibat kes buli
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Jonden Chan)
SINGAPURA: Sekolah Menengah Montfort telah mengambil tindakan disiplin terhadap beberapa pelajarnya, selepas seorang pelajar lelaki di sekolah itu dirakam tersungkur dan ditendang oleh beberapa rakan sekolahnya.
Dalam video yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu (22 Feb), sekumpulan pelajar Montfort dilihat mendekati seorang pelajar dari belakang.
Salah seorang pelajar itu kemudian dilihat menolaknya sehingga dia tersungkur manakala seorang lagi menendang budak itu sebanyak dua kali. Mangsa kemudian berdiri dan beredar dari tempat itu, sebelum seorang lagi pelajar mendekatinya dari belakang dan menolaknya sekali lagi.
Video itu dikongsi di Facebook lebih 10,000 kali. Namun, ia sudah dipadam setakat 11.00 malam pada Ahad.
Menjawab soalan Mediacorp, Naib Pengetua Sekolah Menengah Montfort, Wilson Tay, berkata pada Ahad bahawa sekolah tersebut sedar akan kejadian berkenaan dan ia sudah "mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar yang terlibat".
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran tindakan disiplin yang diambil.
"Kami juga sudah memberi kaunseling kepada pelajar yang terjejas dan menghubungi ibu bapa semua pelajar terlibat. Pelajar-pelajar tersebut mengaku perbuatan mereka adalah salah dan sudah meluahkan rasa kesal," tambahnya.
"Kami tidak bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan membuli dan menggunakan kekerasan, dan akan terus menyediakan sekitaran pembelajaran selamat kepada semua pelajar."
Polis memberitahu Mediacorp bahawa satu laporan sudah dibuat dan mereka sedang menyiasatnya.
Pada awal Februari, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata di parlimen bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) memandang serius sebarang perbuatan membuli dan menggunakan kekerasan.
Beliau juga memberi amaran kepada orang dewasa yang mengambil tindakan sendiri.

Pada Oktober 2024, Encik Chan berkongsi di parlimen bahawa bagi setiap 1,000 pelajar, secara purata setiap tahun terdapat dua insiden di sekolah rendah dan enam di sekolah menengah bagi kes buli, di dalam dan luar sekolah.
Sejak lima tahun lalu, purata bilangan insiden buli "kekal stabil".

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.