Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah Menengah Evergreen jadi juara peraduan Bahas 4PM tahun ini

Peringkat akhir pertandingan Bahas 4PM bagi kategori sekolah menengah menyaksikan pertarungan yang penuh dinamik, siang tadi (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peringkat akhir pertandingan Bahas 4PM bagi kategori sekolah menengah menyaksikan pertarungan yang penuh dinamik, siang tadi (28 Apr).

Sekolah Menengah Evergreen akhirnya menjulang Piala Cabaran Izzuddin Taherally tahun ini, setelah berentap dan mengalahkan Sekolah Menengah Anderson.

Ini bukan kali pertama Sekolah Menengah Anderson berjaya mara ke pusingan akhir pertandingan Bahas 4PM bagi sekolah menengah.

Namun, para pembahas juara bertahan itu gagal mengulangi prestasinya apabila ia kecundang di tangan Sekolah Menengah Evergreen, yang bertindak selaku pencadang bagi mauduk "Belia Singapura bersikap tidak peduli terhadap isu keselamatan negara".

Sebaliknya, Sekolah Menengah Evergreen yang melangkah ke pertandingan akhir buat julung-julung kalinya, berjaya menampilkan hujah-hujah yang lebih bernas.

"Kami telah melakukan yang terbaik untuk mendefinisikan supaya perbahasan ^dan isi-isi yang diutarakan oleh meja pencadang iaitu kami, ^kukuh dan tidak dapat diruntuhkan oleh meja penyanggah," kata Nur'Ain Nadzirah Mohd Nazir, Juara Bahas 4PM mewakili Sekolah Menengah Evergreen.

Piala Cabaran Izzuddin Taherally serta piala individu dan baucar wang disampaikan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin.

"Saya menggalak dan mendorong semua, terutama anak muda kita untuk berfikir apakah isu-isu yang dihadapi masyarakat kita, kini dan di masa hadapan kerana ini lah dunia yang akan kita warisi masa hadapan.

"Saya juga mengalu-alukan usaha 4PM yang telah menganjurkan sesi berdebatan sebegini supaya anak muda kita tetap cinta Bahasa dan juga akan mengasah fikiran mereka," kata Encik Amrin Amin.

Sejumlah 20 buah sekolah menengah yang terdiri daripada seramai 88 pelajar menyertai pertandingan, tahun ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan