Skip to main content

Singapura

Sekolah Hospitaliti RP tawar program baharu bagi latihan amali 40 minggu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2024 07:56PM Dikemas Kini : 04 Jan 2024 08:58PM
SINGAPURA: Para pelajar Sekolah Hospitaliti Politeknik Republik kini diberi peluang membuat pilihan kerjaya yang lebih baik di dalam sektor itu.

Program yang diadakan buat julung-julung kalinya ini, melibatkan program latihan amali atau 'internship' selama 40 minggu, dan bukan 20 minggu.

Para pelajar berkenaan akan mendapat pendidikan dan bimbingan kerjaya yang lebih baik.

Program latihan amali lebih panjang itu akan memberikan para pelajar tahun akhir, peluang mencuba beberapa jenis peranan pekerjaan dalam sesebuah syarikat.

Mereka juga akan menghadiri bengkel pembangunan kepimpinan.

Pada tahun kedua, mereka akan mendapat mentor dan boleh bekerja sambilan pada hujung minggu, atau sepenuh masa ketika cuti sekolah.

Ia dijangka dirintis 100 pelajar dan 16 rakan kongsi industri.

"Saya rasa bahawa program memajukan bakat ini boleh memberi saya peluang untuk belajar dengan lebih mendalam tentang industri yang saya suka. Dan dalam satu tahun saya ada banyak masa untuk belajar dengan orang yang lebih berpengalaman di dalam industri tersebut dan saya juga boleh rasa lebih yakin pada masa hadapan," ujar Honey Ellyna Puteri Hudzaifah, pelajar Diploma Pengurusan Acara Bersepadu.

Mengulas mengenai program baharu yang diperkenalkan itu, Abdullah Abdul Rasheed, pelajar Diploma, Operasi Restoran & Kulinari pula berkata: "Ini bermakna saya akan dapat lebih banyak pendedahan dan tahu apa yang saya boleh atau tidak boleh buat, kekuatan saya dan kelemahan utama saya. Ini akan memberi saya kefahaman lebih baik tentang apa yang saya mahu lakukan nanti."
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita