Skip to main content

Singapura

Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew batalkan status calon PhD Dickson Yeo

Universiti Nasional Singapura bagi Sekolah Lee Kuan Yew bagi Dasar Awam (LKYSPP) membatalkan dengan serta merta pencalonan PhD rakyat S'pura, Dickson Yeo, menurut seorang jurucakap sekolah itu pada Ahad (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew batalkan status calon PhD Dickson Yeo

Yeo Jun Wei Dickson. (Gambar: Dickson Yeo/Facebook)

Diterbitkan : 27 Jul 2020 12:10AM Dikemas Kini : 27 Jul 2020 12:15AM

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura bagi Sekolah Lee Kuan Yew bagi Dasar Awam (LKYSPP) membatalkan dengan serta merta pencalonan PhD rakyat S'pura, Dickson Yeo, menurut seorang jurucakap sekolah itu pada Ahad (26 Jul).

Dalam satu respons kepada pertanyaan Mediacorp, jurucakap itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa langkah itu menyusuli maklumat didedahkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenyataan itu menekankan bahawa Yeo mengaku bersalah di Amerika Syarikat atas satu tuduhan beroperasi secara haram sebagai ejen asing.

Yeo mendaftar sebagai seorang pelajar PhD dalam program Dasar Awam LKYSPP pada 2015. Pada 2019, dia membuat pendaftaran, dan diberi keizinan mengambil cuti, menurut jurucakap itu.

Pemeriksaan Mediacorp menunjukkan bahawa semasa dia seorang pelajar di LKYSPP, Yeo melakukan kajian dan menulis mengenai tingkah laku China terhadap negara-negara kecil. Dia menyarankan tesis berjudul "Bagaimana China memberi layanan kepada negara kecil yang mempunyai Nilai Strategik?"

Menurut profil Yeo di laman Academia saranan tesisnya diluluskan oleh LKYSPP pada Ogos 2017.

BEKAS DIPLOMAT KANAN KAITKAN YEO DENGAN PROFESOR YANG DISINGKIRKAN

Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu, bekas diplomat kanan Singapura Bilahari Kausika berkata bahawa penyelia PhD Yeo di LKYSPP adalah bekas Profesor LKYSPP Huang Jin. Encik Kausika tidak mendedahkan sumber maklumat itu.

Prof Huang dikenal pasti pada 2017 sebagai "ejen bagi sebuah negara asing" oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). Tanpa mendedahkan negara itu, MHA menyatakan bahawa Prof Huang "sengaja berinteraksi dengan pertubuhan risikan dan ejen negara asing, dan bekerjasama dengan mereka untuk mempengaruhi dasar asing pemerintah Singapura dan pendapat awam di Singapura."

Prof Huang memberikan apa yang beliau dakwa adalah "maklumat istimewa" mengenai negara asing itu kepada rakyat Singapura terkenal dan berpengaruh, termasuk anggota kanan LKYSPP, dengan tujuan mempengaruhi pendapat mereka demi kepentingan negara itu, menurut MHA.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita