Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekolah boleh sambung semula kegiatan libatkan tempat tinggi mulai Feb 2023

Kegiatan di luar bilik darjah melibatkan tempat tinggi akan disambung mulai Februari 2023 tetapi secara bertahap-tahap dan dengan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Nov 2022 07:10PM Dikemas Kini : 28 Nov 2022 08:52PM
SINGAPURA: Kegiatan di luar bilik darjah melibatkan tempat tinggi akan disambung mulai Februari 2023 tetapi secara bertahap-tahap dan dengan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik.

Langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat termasuk soal pentauliahan.

Kegiatan di luar bilik darjah melibatkan tempat tinggi, dihentikan tahun lalu selepas satu kejadian yang menyebabkan kematian seorang pelajar 15 tahun.

Semua pengendali kegiatan itu perlu memastikan kemudahan mereka telah mendapat pentaulihan secara profesional.

Sekolah-sekolah pula hanya boleh mendapatkan khidmat pengendali dan jurulatih yang bertauliah.

Selain itu, kegiatannya akan disambung secara beransur-ansur.

Buat permulaan kegiatan menggunakan tali di tempat tinggi hanya boleh dilakukan pada tahap 50 peratus kapasiti yang biasa.

Di samping itu, sekolah-sekolah perlu melantik pegawai yang sudah dilatih bagi mengawasi keselamatan dan pelaksanaan kegiatan di luar bilik darjah.

Dalam kenyataannya pada Isnin (28 Nov), Persatuan Pendidikan Luar dan Pengembaraan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan para pengendali dan penyedia program itu bagi memastikan langkah-langkah keselamatan yang lebih baik dilaksanakan.

Semua jurulatihnya pula mesti sudah siap untuk menjalankan tugas mereka.
 
Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan