Sekolah boleh pimpin usaha kenal pasti pelajar yang perlu bantuan - Indranee Rajah
Menteri Kedua Pendidikan dan Kewangan Indranee Rajah berkata pihak sekolah boleh memimpin usaha mengenalpasti para pelajar yang memerlukan bantuan dan menghubungkan mereka dengan pihak-pihak yang boleh membantu
SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan dan Kewangan Indranee Rajah berkata pihak sekolah boleh memimpin usaha mengenalpasti para pelajar yang memerlukan bantuan dan menghubungkan mereka dengan pihak-pihak yang boleh membantu.
Cik Indranee berkongsi pandangannya itu dalam satu wawancara bersama Mediacorp tentang ketidaksamaan sosial di Singapura dan bagaimana pasukan bertindak berbilang agensi UPLIFT boleh memainkan peranan.
Menurut Cik Indranee, tujuan UPLIFT sangat tertumpu dengan banyak program bantuan yang tersedia.
Namun hasil maklum balas yang diterima, masih terdapat jurang dalam penyelarasan dan menghubungkan para pelajar dengan bantuan program-program di sekolah.
Program UPLIFT misalnya akan memainkan peranan untuk merapatkan jurang itu.
Apabila ditanya tentang mengapa bidang akademik masih lagi diberi penekanan,
Cik Indranee berkata ia perlu dilihat dari sudut pelbagai perspektif dan seimbang.
Kemahiran akademik tambah beliau masih diperlukan seiring dengan kemahiran dan pengalaman seseorang dalam bidang pekerjaan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.