Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar S$519 juta terlibat dalam dakwaan penipuan berkait pemindahan cip Nvidia

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar S$519 juta terlibat dalam dakwaan penipuan berkait pemindahan cip Nvidia

Tiga lelaki adalah antara sembilan orang yang diberkas dalam serbuan oleh pihak berkuasa Singapura pada Februari, selepas laporan media menyatakan perantara di negara itu terlibat dalam pemindahan haram cip Nvidia ke China, mengelakkan kawalan eksport Amerika Syarikat. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 10:53PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 10:56PM
SINGAPURA: Siasatan mendedahkan bahawa jumlah keseluruhan dalam kesalahan tiga lelaki yang dituduh melakukan penipuan berkaitan pemindahan cip Nvidia adalah dalam lingkungan AS$390 juta (S$519 juta).

Pendakwaan pada Khamis (13 Mac) mendedahkan jumlah yang berkaitan dengan kes-kes Aaron Woon Guo Jie, 41 tahun, Alan Wei Zhaolun, 48 tahun, dan rakyat China Li Ming, 51 tahun.

Woon dan Wei dituduh terlibat dalam konspirasi jenayah untuk melakukan penipuan terhadap dua pembekal 'server', Dell dan Super Micro, melibatkan kira-kira AS$250 juta (S$333.7 juta).

Mereka dikatakan telah membuat gambaran palsu pada tahun 2024, bahawa barang-barang tersebut tidak akan dipindahkan kepada orang lain selain daripada "penerima terakhir yang dibenarkan atau pengguna akhir".

Li dikatakan telah melakukan penipuan terhadap Super Micro dan mengakses akaun bank korporat tanpa kebenaran untuk membuat dan menerima pemindahan untuk syarikat Luxuriate Your Life. Jumlah bagi kesalahannya adalah sekitar AS$140 juta (S$186.8 juta), menurut pihak pendakwa semasa sebutan lanjut kes-kes tersebut.

Ketiga-tiga mereka adalah antara sembilan orang yang ditangkap semasa serbuan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kastam Singapura pada Februari, selepas laporan media menyatakan bahawa perantara di negara ini terlibat dalam pemindahan haram cip Nvidia ke China, melangkaui kawalan eksport Amerika.

Ketiga-tiga lelaki tersebut berada dalam tahanan reman sejak pertuduhan mereka dan hadir di mahkamah melalui pautan video.

Ketiga-tiga kes telah ditetapkan untuk sebutan selanjutnya pada 2 Mei.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan