Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar S$1.8 bilion diagihkan bagi bantu 200,000 individu bekerja sendiri

Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) mengagihkan sekitar S$1.8 bilion kepada hampir 200,000 individu yang layak antara April hingga Disember tahun ini, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Rabu (16 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2020 03:13PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 09:18PM

SINGAPURA: Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) mengagihkan sekitar S$1.8 bilion kepada hampir 200,000 individu yang layak antara April hingga Disember tahun ini, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Rabu (16 Dis).

Skim itu - yang bermatlamat untuk menyokong golongan yang bekerja sendiri mengharungi tempoh pandemik COVID-19 - menyediakan tiga agihan tunai bernilai S$3,000 setiap satu kepada golongan bekerja sendiri yang kurang berkemampuan dan sokongan untuk menyara keluarga mereka.

Sebahagian besar bantuan itu diagihkan setiap tiga bulan pada Mei, Julai dan Oktober. Pembayaran dibuat secara beransur-ansur bergantung kepada bila permohonan bagi skim tersebut diserahkan, menurut NTUC di lamannya.

SIRS, yang akan berakhir pada hujung tahun ini, pertama kali diumumkan pada Mac sebagai sebahagian daripada Belanjawan Ketiga Pemerintah.

Lebih daripada separuh penerima bantuan SIRS secara automatik layak, sementara selebihnya berjaya memohon skim tersebut, menurut MOM dan NTUC dalam satu kenyataan media bersama. Tujuh daripada 10 permohonan yang diproses oleh NTUC sudah diluluskan.

"Kami sudah melonggarkan kriteria kelayakan untuk menyokong lebih ramai individu yang bekerja sendiri," menurut pertubuhan itu.

Permohonan yang ditolak termasuk pemohon yang memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi, menetap di hartanah bernilai tinggi atau memilki dua atau lebih hartanah bersama pasangan mereka. Sesetengah pemohon tidak dapat memberikan bukti bahawa mereka bekerja sendiri.

Pembayaran SIRS akan meliputi orang yang bekerja sendiri sehingga hujung bulan Disember ini, dengan permohonan ditutup pada 31 Dis.

Secara berasingan, dua skim bantuan kewangan baru bagi 2021 - Geran Pemulihan COVID-19 dan Dana Bantuan Pemandu COVID-19 bagi para pemandu teksi dan kereta sewa privet - turut diumumkan pada Rabu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan