Skip to main content

Singapura

Sekitar 950 pengguna khidmat jalur lebar terjejas di Yishun akibat kabel terputus

Khidmat jalur lebar gentian('fibre broadband') di Yishun terganggu pada Selasa (26 Jun) apabila beberapa kabel gentian terputus, menurut Netlink Trust.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 950 pengguna khidmat jalur lebar terjejas di Yishun akibat kabel terputus

(Gambar: NetLink Trust)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 08:01AM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 08:06AM

SINGAPURA: Khidmat jalur lebar gentian di Yishun terganggu pada Selasa (26 Jun) apabila beberapa kabel gentian terputus, menurut Netlink Trust.

"Sekitar 950 pengguna khidmat jalur lebar gentian di Yishun mungkin terjejas akibat kejadian ini," menurut pengendali rangkaian gentian itu, dalam satu kenyataan di lelamannya.

Syarikat tersebut menerima aduan tentang gangguan pada khidmat gentian di kawasan itu pada sektiar 3.30 petang.

"Gangguan ini disahkan berpunca daripada kontraktor pihak ketiga memutuskan kabel-kable gentian sedang mereka melakukan kerja-kerja penggalian di Ang Mo Kio Street 13," menurut NetLink Trust.

Syarikat berkenaan turut menyatakan ia sudah mengerahkan pasukannya dan usaha untuk memulihkan semula khidmat jalur lebar itu akan dilakukan "secara berperingkat-peringkat" pagi ini.

Ia menasihati para pengguna yang terjejas untuk memantau laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini.

Para pengguna yang terjejas mengadu tentang gangguan khidmat itu di laman media sosial. Mereka yang terjejas termasuk pelanggan Singtel, M1 dan Starhub.

Insiden ini berlaku beberapa bulan selepas 700 pengguna khidmat jalur lebar gentian di Jurong terjejas akibat sebab yang sama.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita