Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 95,000 individu sudah terima Geran Sokongan COVID-19

Rakyat Singapura masih boleh memohon untuk bantuan Geran Sokongan COVID-19 yang dilancarkan pada Mei tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rakyat Singapura masih boleh memohon untuk bantuan Geran Sokongan COVID-19 yang dilancarkan pada Mei tahun ini.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Selasa (29 Dis).

Sekitar 95,000 individu sudah menerima Geran Sokongan COVID-19 (CSG) sejauh ini.

Ini termasuk sekitar 22,000 individu yang menerima agihan pertama CSG, dan sudah berjaya memohon untuk agihan kedua CSG.

"Sekiranya anda memerlukan bantuan dan layak, anda masih boleh memohon untuk CSG sehingga pukul 6.00 petang pada 31 Dis 2020 menerusi go.gov.sg/CSG, dengan memuat naik dokumen SingPass dan dokumen sokongan anda.

"Anda akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan anda dalam tempoh dua minggu selepas menghantar dokumen sokongan anda," menurut Encik Masagos.

Meskipun Singapura sudah beralih ke Fasa 3 pembukaan pada Isnin (28 Dis), sesetengah rakyat Singapura kemungkinan akan terus mengalami kesan ekonomi akibat pandemik itu.

Maka itu beliau menekankan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga telahpun mengumumkan Geran Pemulihan COVID-19 (CRG).

Menurut Encik Masagos, CRG bertujuan menyediakan sokongan khusus kepada rakyat Singapura dan Penduduk Tetap berpendapatan rendah hingga pertengahan, yang kehilangan pekerjaan mereka, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, atau mengalami potongan gaji besar. Ini selain, mereka yang kurang kemampuan kewangan dan sokongan keluarga.

Pendaftaran bagi CRG akan bermula pada 18 Jan 2021.

"CSG dan CRG adalah sebahagian daripada beberapa langkah Pemerintah untuk membantu rakyat Singapura mengharungi tempoh mencabar ini, dan saya berbesar hati kerana ramai individu, kumpulan dan pertubuhan juga sudah tampil untuk membantu sesama rakyat menerusi pelbagai skim bantuan.

"Ayuh kita semua kekal bersatu dan membantu satu sama lain, sedang kita bangkit lebih teguh daripada krisis ini bersama-sama sebagai satu negara," ujar Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan