Sekitar 8,500 kanak-kanak dijangka raih manfaat Pakej Prasekolah ComLink+ setiap tahun: MSF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan melancarkan pakej sokongan yang menggalakkan keluarga berpendapatan rendah mendaftarkan anak mereka ke prasekolah.
Dipanggil Pakej Prasekolah ComLink+ matlamatnya adalah mengurangkan jurang pendapatan dan merangsang mobiliti sosial.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSD) menjangkakan sekitar 8,500 kanak-kanak yang akan raih manfaatnya setiap tahun.
Keluarga yang mahu mendapatkan bantuan itu perlu mendaftarkan anak mereka ke prasekolah apabila mereka mencecah usia tiga tahun.
Ini bagi mendapatkan tokokan sekali sahaja S$500 kepada Akaun Pembangunan Anak.
Selepas itu, lagi S$200 setiap suku tahun diberikan, jika kadar kehadiran kanak-kanak itu adalah 75 peratus ke atas.
Demikian diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan MSF, Eric Chua semasa satu acara pada Khamis (8 Ogos).
Beliau berkata: "Data tempatan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menghadiri prasekolah dari usia 3 tahun ke atas, kurang kemungkinan memerlukan sokongan pembelajaran tambahan untuk sekolah rendah.
"Lantaran itu, pendaftaran prasekolah dan kehadiran yang tetap adalah suatu langkah penting yang kita ingin galakkan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dengan kanak-kanak prasekolah dan membuka jalan bagi masa depan lebih baik untuk anak mereka dan bagi seluruh keluarga. "

Sumber : CNA/NJ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.