Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 80,000 nombor telefon disekat ScamShield sejak Mac tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling memberitahu Parlimen, sekitar 80,000 nombor telefon sudah disekat oleh aplikasi ScamShield dan diletakkan dalam senarai hitam sejak Mac tahun lalu.

Sekitar lima juta kiriman SMS juga dikenal pasti.

Sekitar 750,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi ScamShield setakat bulan lalu.

Aplikasi tersebut juga akan ditingkatkan agar para pengguna boleh membuat aduan mengenai skim penipuan dengan lebih mudah lagi.

Cik Sun menambah, aplikasi itu saling melengkapi aplikasi-aplikasi pengesanan perisian hasad yang digunakan oleh para pelanggan khidmat perbankan juga.

"Meskipun ScamShield tidak direka untuk mengesan atau menyekat perisian hasad, ia melengkapkan ciri keselamatan antiperisian hasad di aplikasi perbankan, dengan melindungi pengguna dari vektor penyerang lain, terutama panggilan penipuan dan SMS, sekali gus mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan," tambah Cik Sun.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan