Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 800 pelajar diiktiraf dalam Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-17

Hampir 800 pelajar cemerlang diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-17 yang diadakan secara maya hari ini (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 800 pelajar diiktiraf dalam Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-17

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

SINGAPURA: Hampir 800 pelajar cemerlang diiktiraf dalam majlis penyampaian Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri ke-17 yang diadakan secara maya hari ini (29 Ogos).

Anugerah diberikan di bawah Program Tuisyen Kolaboratif (CTP) yang dimulakan pada 2002 dengan kerjasama empat bdan bantu diri terdiri daripada Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani (EA). Tujuannya untuk menyediakan tuisyen yang boleh dimampui kepada pelajar daripada masyarakat-masyarakat tersebut.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli melahirkan rasa berbesar hati atas ketabahan para penerima anugerah menyesuaikan diri dengan cara pembelajaran baru akibat COVID-19.

"Para pelajar ini menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang wajar dipuji dalam pengajian mereka.

"Saya gembira dengan ketabahan mereka yang menyesuaikan diri dengan cara-cara pembelajaran baru sejak beberapa bulan lalu.

"Dan mereka mampu mencapai kejayaan itu hasil sokongan dan usaha semua individu dalam masyarakat," ujar Encik Masagos dalam catatannya di laman Facebook.

Yang jelas, pandemik COVID-19 tetap tidak menghambat pihak penganjur daripada meraikan kejayaan, kerajinan dan semangat daya tahan para pelajar tersebut.

"Sedang kita mengharungi masa-masa mencabar ini, saya berahrap semangat bersatu padu dan berdaya tahan ini akan terus mekar," kata Encik Masagos.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan