Sekitar 800 klinik GP sertai skim Rangkaian Penjagaan Asas, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Justin Ong
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata sekitar 800 klinik doktor keluarga (GP) sudah mendaftar bagi skim Rangkaian Penjagaan Asas (PCN) setakat ini.
Bilangan itu membentuk separuh daripada jumlah keseluruhan klinik keluarga di Singapura.
PCN berfungsi dengan memanfaatkan sumber-sumber doktor keluarga demi menyediakan jagaan menyeluruh dan yang diselaraskan, bagi pesakit penyakit kronik.
"Kami ada secara keseluruhannya sekitar 1,600 klinik keluarga, klinik swasta di Singapura. Sebelum SG Lebih Sihat diperkenalkan, sekitar 500 sudah menyertai PCN. Sejak kami umumkan tentang SG Lebih Sihat, bilangannya meningkat kepada hampir 800, dan jumlahnya masih meningkat.
"Jadi PCN sendiri merupakan klinik-klinik yang kami yakin, mereka akan menyertai SG Lebih Sihat. Yang lain, apabila kami dekati mereka, bilangan menggalakkan daripadanya juga mahu menyertai SG Lebih Sihat," kata Encik Ong.
Encik Ong memberikan perangkaan terkini berhubung PCN itu di acara Fiesta Kesihatan GRC Sembawang pada Sabtu (3 Dis)yang menyentuh tentang jagaan pencegahan.
Acara tersebut juga menyaksikan pelancaran 100 kegiatan mingguan bagi penduduk berhubung gaya hidup sihat, cara pemakanan serta kesejahteraan mental.
Ia semua sebahagian daripada usaha gerakan SG Lebih Sihat untuk mendekati penduduk amnya, iaitu menerusi pelbagai kegiatan dan rangkaian sokongan, program mendekati penduduk, pusat jagaan dan klinik serta usaha mendakapi warga emas yang tinggal sendirian yang mungkin memerlukan bantuan.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.