Sekitar 600 maklum balas berkait asap rokok dari rumah jiran dilapor pada 2025
Parlimen dimaklumkan pada Rabu (6 Mei) bahawa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menerima kira-kira 600 kes maklum balas berkaitan asap rokok dari rumah jiran tahun lalu.
Kira-kira 30 peratus daripada jumlah tersebut merupakan kes berulang.
Pemerintah menyatakan, walaupun ia akan meneroka cara-cara untuk mengurangkan kejadian sedemikian, terdapat keterbatasan dari pihaknya untuk menguatkuasakan peraturan di dalam rumah.
Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Shawn Loh mencadangkan satu semakan selepas masalah itu berterusan selama lapan tahun bagi menetapkan satu ambang sebelum asap rokok dari individu lain menjadi kebimbangan kesihatan awam.
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan tiada rancangan buat masa ini untuk garis panduan rasmi, namun ia akan bekerjasama dengan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam menyediakan nasihat serta pendidikan awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.