Sekitar 60 pengusaha ladang Lim Chu Kang mohon tempoh sewa dilanjutkan
Sekitar 60 pengusaha ladang di Lim Chu Kang meminta agar tempoh sewa yang akan tamat pada akhir tahun ini supaya dilanjutkan.
SINGAPURA: Sekitar 60 pengusaha ladang di Lim Chu Kang meminta agar tempoh sewa yang akan tamat pada akhir tahun ini supaya dilanjutkan.
Keadaan pandemik dan masalah mencari lokasi baru menghambat pencarian untuk ladang baru.
Pihak berkuasa pula menyatakan permintaan itu akan dipertimbangkan.
Salah satu daripada pengusaha ladang itu adalah ladang penternakan telur puyuh Lian Wah Hang.
Ia dibangunkan kurang sedekad selepas Perang Dunia Kedua.
Pengasasnya adalah keluarga Ho yang melihat naik turun ladang tersebut dalam hampir 70 tahun.
Bagaimanapun, ladang itu mungkin akan melihat pengakhirannya apabila tanahnya akan dituntut semula untuk penggunaan tentera dan mereka masih belum mendapat tanah ganti yang sesuai.
Sejak 2017, terdapat enam tender bagi tapak tanah baru di Lim Chu Kang.
Tender akan diberikan berdasarkan mutu saranan yang dibuat dengan memberikan perhatian kepada kemampanan dan daya saing.
Ini sesuai dengan visi Singapura untuk membekalkan makanan yang mencukupi kepada penduduk.
Encik Ho telah gagal dalam dua bidaan tanah dan sedang menunggu keputusan bagi bidaan terkini.
Bagi ladang Hay Diaries pula yang menjual jenama susu kambingnya sendiri, ia berjaya mendapatkan satu antara 27 plot tanah ladang yang telah ditawarkan sejak 2017.
Ia merancang untuk membangunkan ladang lima tingkat namun rancangan tersebut kini tergantung akibat pandemik COVID-19 serta keadaan tidak menentu berhubung dana, perancangan dan pembinaan.
Tempoh paling awal ladang baru dijangka siap adalah pada November tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.