Skip to main content

Singapura

Sekitar 54,000 pekerjaan diwujudkan hasil pelaburan asing di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Feb 2022 07:35PM Dikemas Kini : 14 Feb 2022 10:36PM

SINGAPURA: Sekitar 54,000 pekerjaan sudah diwujudkan hasil pelaburan asing sepanjang tiga tahun lalu.

Antara pekerjaan yang ditawarkan termasuk jurutera sofwe, ahli sains data, juruteknik makmal dan perunding cara.

Bercakap di Parlimen pada Isnin(14 Feb), Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan, Alvin Tan menarik perhatian kepada beberapa usaha bagi melengkapkan tenaga kerja dengan kemahiran relevan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat.

Usaha sedemikian membantu para pekerja untuk bertindak balas dengan lebih baik terhadap prasarana ekonomi sejagat yang kian berubah-ubah serta peluang yang ada.

Encik Tan menambah walaupun Singapura sedang mengembangkan tenaga kerja tempatannya, para majikan menghadapi cabaran untuk mendapatkan akses kepada bakat.

Ini terutama sekali dalam bidang-bidang yang mengalami kekurangan tenaga kerja yang mahir.

Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita