Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 500 penduduk Yio Chu Kang timba ilmu tentang gaya hidup mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 500 penduduk Yio Chu Kang timba ilmu tentang gaya hidup mesra alam

Gambar: Facebook/ Lee Hsien Loong

Diterbitkan : 04 Dec 2022 05:45PM Dikemas Kini : 04 Dec 2022 05:46PM
SINGAPURA: Sekitar 500 penduduk Yio Chu Kang mendapat peluang mempelajari gaya hidup mesra alam dan yang lebih mampan.

Mereka turut disertai Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Acara pada Ahad pagi (4 Dis) dimulakan dengan para penduduk menanam pohon di bawah gerakan "Adopt A Tree" di kawasan undi tersebut.

Gerakan itu menyasarkan untuk menanam 1,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Idea-idea kreatif bagi mengurangkan sisa makanan dan plastik juga dipamerkan.

Ia sebagai satu galakan untuk tidak menggunakan bekas pakai buang, para penduduk boleh mendapat bekas makanan mesra alam dengan membawa bekas mereka sendiri di pasar itu.
Sumber : CNA/RU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan