Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 50 peranan perkhidmatan awam mungkin penuhi syarat calon presiden, dedah Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 50 peranan perkhidmatan awam mungkin penuhi syarat calon presiden, dedah Chan Chun Sing

Gambar fail Istana. (Gambar: Howard Law)

SINGAPURA: Terdapat sekitar 50 peranan perkhidmatan awam yang mungkin memenuhi syarat perkhidmatan sektor awam untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang seterusnya, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing pada Rabu (10 Mei).

Bagi calon-calon berpotensi yang berminat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden di bawah syarat perkhidmatan sektor privet, terdapat lebih 1,200 syarikat dengan purata ekuiti pemegang saham pada atau menjangkaui S$500 juta, tambah Encik Chan, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau memberi jawapan bertulis itu sebagai respons kepada soalan parlimen yang dibangkitkan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Leong Mun Wai, yang bertanya anggaran jumlah rakyat Singapura yang layak bertanding dalam pilihan raya presiden, berdasarkan mereka yang memenuhi syarat-syarat perkhidmatan sektor awam dan sektor privet.

Encik Chan berkata Jabatan Pilihan Raya, bagaimanapun, tidak menjejaki jumlah khusus rakyat Singapura yang layak dipilih sebagai presiden.

Pilihan raya presiden Singapura seterusnya perlu diadakan sebelum 13 September tahun ini, dengan penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob tamat pada hari tersebut.

Kali ini, ia akan dibuka kepada calon daripada semua kaum, tidak seperti pilihan raya presiden pada 2017, di mana hanya anggota masyarajat Melayu sahaja yang dibenarkan bertanding.

Jawatankausa Pilihan Raya Presiden - yang terdiri daripada anggota-anggota seperti pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) - menentukan sama ada calon-calon itu layak bertanding.

Di bawah syarat perkhidmatan sektor awam yang dibentangkan di bawah Perlembagaan Singapura, calon presiden mesti pernah memegang jawatan pemerintah - untuk sekurang-kurangnya tiga tahun - sama ada sebagai seorang menteri, ketua hakim, Speaker Dewan, Peguam Negara (AGC) atau setiausaha tetap, antara lain.

Ketua eksekutif bagi lembaga berkanun penting atau syarikat yang dimiliki pemerintah seperti Temasek juga layak bertanding.

Calon-calon sektor privet mesti berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai ketua eksekutif sesebuah syarikat dengan purata ekuiti pemegang saham sebanyak S$500 juta.

Untuk layak bertanding sebagai presiden, calon berpotensi mesti juga memuaskan jawatankuasa bahawa mereka adalah individu yang "berintegriti, memiliki tingkah laku dan reputasi yang baik".
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan