Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 50 keluarga banduan di Marsiling-Yew Tee terima hamper habuan Ramadan hari ini

Sekitar 50 keluarga pesalah Melayu/Islam di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) di GRC Marsiling-Yew Tee menerima hamper Ramadan bernilai sekitar $100 di Masjid An-Nur hari ini (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 50 keluarga pesalah Melayu/Islam di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) di GRC Marsiling-Yew Tee menerima hamper Ramadan bernilai sekitar $100 di Masjid An-Nur hari ini (9 Apr).

Ini merupakan kali pertama inisiatif seumpama ini dianjurkan pihak GRC tersebut untuk menyokong keluarga-keluarga para pesalah pada bulan mulia ini.

Acara pengagihan habuan itu dihadiri para penasihat akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee yang terdiri daripada Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, Datuk Bandar Daerah Barat Laut Alex Yam dan Cik Hany Soh.

marsiling-yew tee
(Gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

Encik Zaqy menarik perhatian keluarga-keluarga di bawah naungan Reben Kuning adalah "golongan yang penting" yang memerlukan sokongan lebih mendalam dan jangka masa panjang.

"Alhamdulillah dengan kerjasama MUIS dan M³, kami dapat turun padang untuk melihat keperluan mereka dan ahli sukarelawan kami juga pergi dari rumah ke rumah untuk menemui dan memahami keperluan mereka serta bagaimana untuk membantu mereka melalui program-program yang dijalankan oleh MUIS, MENDAKI dan sebagainya.

zaqy

"Di sini kami rasa amat penting dalam bulan Ramadan ini kita teruskan sokongan kepada mereka dan menggunakan ini sebagai 'touchpoint', di mana kita sentiasa memberi mereka sokongan moral juga, kerana kita mahu mereka juga memahami dan mengetahui bahawa kita sebagai satu masyarakat sentiasa bersama mereka," kata Encik Zaqy.

HABUAN BERUPA BARANGAN SAHUR, SOLAT DAN KEPERLUAN HARIAN

Setiap hamper mengandungi barangan makanan termasuk kurma, bijirin dan oat serta keperluan solat, manakala pek keperluan harian mengandungi pelitup muka, penyembur pembasmi kuman dan Vitamin C.

Salah seorang penerima ialah "Siti" dan ibunya.

Abang "Siti" sedang menjalani hukuman penjara kerana dadah dan bakal dibebaskan pada bulan Julai ini.

hamper recipient

"Alhamdulillah saya rasa bersyukur kerana hamper ini dapat membantu kami bagi keperluan harian. Saya nampak ada sehelai sejadah yang akan saya simpan untuk abang saya bila dia dibebaskan daripada penjara nanti, insya-Allah," kata Cik "Siti dengan nada penuh syukur.

Hamper barangan tersebut ditaja syarikat logistik POS TKI manakala Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) menaja pek keperluan harian pula.

Pengarah POS TKI Encik Mohamed Anwar Tahar berkata: "Selalunya orang menaja barang-barang untuk berbuka puasa, tetapi kita kali ini menaja untuk keperluan bersahur dan juga peralatan untuk solat bagi lelaki dan juga bagi perempuan.

"Jadi ini kita khususkan untuk keluarga Reben Kuning supaya dapat meringankan sedikit beban mereka waktu bulan Ramadan ini."

hampers
(Gambar: Ira Musfirah/BERITAmediacorp)

Sukarelawan dan Anggota M³@Marsiling-Yew Tee Encik Abdul Wahab Ahmad berkata ia adalah sebahagian usaha untuk memastikan keluarga para pesalah mendapat sokongan yang holistik.

"Selain merujuk mereka kepada bantuan kewangan dan sokongan agama, kami berharap dapat terus mendampingi mereka dan menjadi sebahagian daripada program-program kami agar mereka memanfaatkan sepenuhnya sokongan menyeluruh yang disediakan M³."

Sejak dilancarkan pada tahun 2019, M³@Marsiling-Yew Tee telah menyusun program-program melalui bidang-bidang fokus yang berbeza-beza.

Antaranya Sokongan bagi Perkahwinan, Keibubapaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta Memperkasa dan Pementoran Belia.

Ia kini meluaskan jangkauan dan sokongannya untuk meliputi juga keluarga-keluarga para pesalah.

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa