Sekitar 3,000 pengguna terjejas gangguan gentian jalur lebar akibat kerosakan kabel
Ribuan pengguna di kawasan timur laut Singapura terjejas akibat gangguan khidmat gentian jalur lebar pada Sabtu (28 Sep) petang. Pengendali rangkaian gentian NetLink Trust menerima aduan gangguan pada sekitar 4.15 petang pada Sabtu.

Gambar fail van NetLink Trust. (Gambar: NetLink Trust)
SINGAPURA: Ribuan pengguna di kawasan timur laut Singapura terjejas akibat gangguan khidmat gentian jalur lebar pada Sabtu (28 Sep) petang.
Pengendali rangkaian gentian NetLink Trust menerima aduan gangguan pada sekitar 4.15 petang pada Sabtu.
"Kami mendapati kabel gentian kami di Yio Chu Kang Road rosak akibat kerja-kerja yang dilakukan kontraktor pihak ketiga," menurut kenyataan media pengendali itu.
"Kontraktor pihak ketiga berkenaan tidak dilantik NetLink Trust mahupun vendor kami."
Sekitar 3,000 pengguna mengalami gangguan khidmat jalur lebar akibat insiden itu.
NetLink Trust menyatakan pasukan pemulihan khidmat sedang berada di tempat kejadian dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
"Kami sedang bekerja dengan pihak-pihak relevan termasuk Penyedia Khidmat Internet untuk memastikan khidmat ke kawasan terjejas akan dipulihkan secepat mungkin," tambah NetLink Trust.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.