Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 2km penghubung taman baharu dekat Taman Tasik Jurong dibuka pada Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 2km penghubung taman baharu dekat Taman Tasik Jurong dibuka pada Sep

Titik pertemuan masyarakat baharu di Jejak Semula Jadi Laluan Old Jurong. (Gambar: NParks/Facebook)

SINGAPURA: Bermula bulan depan, mereka yang gemar ke taman boleh menggunakan satu penghubung taman (PCN) baharu, iaitu PCN Jurong Town Hall.

PCN sepanjang dua kilometer akan menghubungkan Taman Tasik Jurong dengan seluruh rangkaian jejak alam semula jadi di Singapura.

Ia sebahagian daripada Koridor Alam Semula Jadi Clementi, yang menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, mampu mengukuhkan lagi ekologi, selain membolehkan rakyat Singapura menikmati tumbuh-tumbuhan hijau.

"Koridor ini akan menyediakan lebih banyak peluang beriadah buat rakyat Singapura, di samping membolehkan mereka berhubung dengan alam serta berada lebih dekat dengan alam semula jadi," kata Encik Lee.

"Ia juga akan mengukuhkan lagi keterhubungan ekologi bagi hidupan liar antara Hutan Simpanan Bukit Timah dengan Southern Ridges."

Apabila siap nanti, seluruh rangkaian hijau akan meliputi jejak sepanjang 18 kilometer.

Dua kilometer jejak akan dibuka kepada orang ramai pada September sementara Jejak Alam Semula Jadi Clementi akan siap pada hujung tahun depan.

Jejak Alam Semula Jadi Laluan Old Jurong bermatlamat memelihara warisan dan meyediakan wadah untuk beriadah.

Ia akan mengekalkan landasan bekas Laluan Jurong Railway, menampilkan titik pertemuan masyarakat baharu dan mempunyai taman baharu.

Pada 2020, khabar mengenai Hutan Clementi dikenal pasti sebagai tapak pembangunan rumah mengundang keprihatinan daripada mereka yang mahu memelihara baki ruang hidupan liar negara.

Pihak berkuasa sejak itu menyatakan bahawa beberapa bahagian hutan akan dikekalkan dengan jejak-jejak Clementi dan Jurong.

"Jadi ini bukan sekadar satu Jejak Rekreasi, tetapi ia juga berfungsi sebagai keterhubungan ekologi bagi pergerakan haiwan dari tempat-tempat tinggal utama mereka - iaitu dari Hutan Simpanan Bukit Timah sehinggalah Southern Ridges," jelas Pengarah Kumpulan Dasar dan Perancangan Lembaga Taman Negara (NParks), Ang Wei Ping.

"Jadi kami sebenarnya menggunakan PCN dan jejak alam semula jadi untuk memenuhi dua tujuan, kedua-duanya bagi kebingkasan rekreasi dan ekologi," kata beliau lagi.

Penilaian oleh NParks mendapati bahawa kerja-kerja binaan di Jejak Alam Semula Jadi Clementi akan mempunyai kesan kecil atau tiada kesan sama sekali terhadap biodiversiti.

Lembaga itu menyatakan pihaknya sudahpun membincangkan rancangan-rancangannya dengan sebilangan kumpulan alam semula jadi untuk memastikan kerja-kerja pembangunan dijalankan secara sensitif.

Kajian NParks juga mendapati para penduduk di Clementi Road tidak akan mengalami sebarang gangguan besar.

"Semua taman dan PCN, mahupun jejak alam semula jadi, mempunyai keterhubungan yang sangat baik. Ia membolehkan kita berjalan hampir di mana-mana sahaja di negara ini.

"Saya rasa ia satu perkara sangat baik sedang masyarakat menua. Amat baik sekali untuk mempunyai tempat alam semula jadi di mana kita dapat berjalan," kata Encik Alvin Tan, pengerusi Jawatankuasa Kejiranan Taman Mayfair.

Orang ramai boleh melihat kajian yang menilai kesan-kesan pembangunan di laman NParks dan memberikan maklum balas sehingga 1 Oktober.SINGAPURA: Bermula bulan depan, mereka yang gemar ke taman boleh menggunakan satu penghubung taman (PCN) baharu, iaitu PCN Jurong Town Hall.

Orang ramai boleh melihat kajian yang menilai kesan-kesan pembangunan di laman NParks dan memberikan maklum balas sehingga 1 Oktober.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan