Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 27% siswazah privet menganggur, kerja sambilan 6 bulan selepas tamat pengajian

Sekitar 27 peratus siswazah institusi pengajian privet sama ada menganggur dan masih mencari kerja atau melakukan kerja sambilan mahupun sementara, enam bulan selepas menamatkan pengajian pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 27% siswazah privet menganggur, kerja sambilan 6 bulan selepas tamat pengajian

Gambar fail.

Diterbitkan : 11 Apr 2019 09:46AM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 09:51AM

SINGAPURA: Sekitar 27 peratus siswazah institusi pengajian privet sama ada menganggur dan masih mencari kerja atau melakukan kerja sambilan mahupun sementara, enam bulan selepas menamatkan pengajian pada tahun lalu.

Demikian menurut dapatan terbaru Tinjauan Pengambilan Pekerja Siswazah (GES).

Kadar itu lebih tinggi berbanding 9.3 peratus siswazah daripada empat universiti autonomi - Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) - yang juga dalam keadaan pengambilan pekerja yang sama. Ia juga lebih tinggi berbanding 8.9 peratus lulusan politeknik yang sudah menamatkan Perkhidmatan Negara mereka.

Inilah kali pertama Jawatankuasa bagi Pendidikan Privet (CPE), yang mengeluarkan dapatannya daripada tinjauan tahunan pada Rabu (10 Apr), memantau pekerjaan sambilan atau sementara dalam kalangan siswazah sekolah privet. Golongan tersebut merujuk kepada mereka yang sudah mencuba namun gagal untuk mendapatkan pekerjaan tetap setakat ini.

Hasil tinjauan itu sama dengan tahun lepas, menurut SkillsFuture Singapore dalam kenyataan medianya. Siswazah baru daripada kohort 2017/2018 mempunyai kadar pengambilan pekerjaan yang tinggi sedikit dan median gaji kasar setiap bulan sekitar S$2,650 berbanding dengan kohort sebelumnya.

Bagaimanapun, perangkaan itu terus merosot berbanding dengan siswazah universiti autonomi yang secara purata meraih gaji kasar sekitar S$3,500 sebulan dan menyaksikan kadar pengambilan pekerjaan keseluruhan pada kadar 90.2 peratus.

CPE meninjau kira-kira 2,800 siswazah baru daripada 40 institusi pendidikan privet yang sama ada bekerja atau sedang aktif mencari kerja dan sudah bersedia untuk bekerja.

Siswazah daripada 27 sekolah menamatkan program ijazah sarjana muda luar negara sepenuh masa antara bulan Mei 2017 dengan April 2018.

Berikut adalah perangkaan daripada tinjauan tersebut.

  • Keseluruhan kadar pengambilan pekerjaan: 80.7 peratus
  • Kadar pengambilan pekerja tetap: 48.2 peratus
  • Kadar pekerja bebas: 5.7 peratus
  • Kadar pengambilan pekerja sambilan/sementara: 26.8 peratus
    • Secara rela: 16.1 peratus (mereka yang tidka mahu diambil bekerja sepenuh masa atas sebab-sebab tertemtu seperti membuat persiapan untuk melanjutkan pengajian)
    • Secara tidak rela: 10.7 peratus
  • Kadar pengangguran: 19.3 peratus
    • Menganggur tetapi bakal mula bekerja tidak lama lagi: 2.8 peratus
    • Menganggur dan masih mencari kerja: 16.5 peratus
  • Median gaji kasar setiap bulan (pengambilan pekerjaan tetap): S$2,650. 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan