Sekitar 23,000 kakitangan jagaan masyarakat bakal terima kenaikan gaji sekurang-kurangnya 7%: Ong Ye Kung
Kira-kira 23,000 kakitangan pertubuhan penjagaan masyarakat akan menerima kenaikan gaji sekurang-kurangnya tujuh peratus sebagai sebahagian daripada garis panduan gaji baharu, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (17 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kira-kira 23,000 kakitangan pertubuhan penjagaan masyarakat akan menerima kenaikan gaji sekurang-kurangnya tujuh peratus sebagai sebahagian daripada garis panduan gaji baharu, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Selasa (17 Feb).
Menyedari bahawa kenaikan gaji bagi kumpulan 23,000 kakitangan itu akan meningkatkan kos operasi, Encik Ong turut berkata akan ada peruntukan sokongan peringkat pertama sebanyak S$100 juta untuk membantu menampung kos gaji yang lebih tinggi.
Semasa lawatannya ke Hospital St Luke’s pada hari pertama Tahun Baharu Cina, beliau juga berkata Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengeluarkan garis panduan gaji baharu bagi kakitangan pertubuhan penjagaan masyarakat “dalam beberapa bulan akan datang”.
Pertubuhan penjagaan masyarakat “kemudian perlu meneliti, membuat perancangan yang diperlukan, dan saya rasa ia boleh dilaksanakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan”, kata Encik Ong.
“Saya berharap dengan langkah ini, kita dapat terus menjadikan sektor penjagaan kesihatan satu kerjaya yang menarik,” tambah beliau.
Pertubuhan penjagaan masyarakat menyediakan pelbagai perkhidmatan perantaraan dan jangka panjang bagi individu yang memerlukan rawatan lanjut selepas keluar dari hospital am. Ia juga merangkumi warga emas yang tinggal dalam masyarakat yang mungkin memerlukan bantuan bagi aktiviti harian mereka.
Golongan karyawan penjagaan kesihatan dalam sektor berkenaan bekerja di tempat-tempat seperti hospital masyarakat, rumah jagaan dan hospis.
Pada hari pertama Tahun Baharu Cina tahun lalu, Encik Ong mengumumkan rancangan untuk menaikkan pakej gaji bagi 37,000 karyawan kesihatan bersekutu (AHP), ahli farmasi serta kakitangan pentadbiran, sokongan dan perkhidmatan.
Pengumuman Encik Ong pada Selasa mencerminkan kemajuan yang dicapai Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSEU) bersama MOH, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan HSEU K Thanaletchimi.
HSEU sentiasa menjadi rakan rapat MOH kerana ia kerap menilai semula gaji para pekerja penjagaan kesihatan, termasuk mereka dalam sektor penjagaan masyarakat, kata Cik Thanaletchimi.
Para pekerja penjagaan kesihatan dalam sektor penjagaan masyarakat memikul tanggungjawab berat yang sama dalam memberikan penjagaan yang terbaik kepada pesakit seperti rakan mereka dalam sektor rawatan akut, kata beliau, sambil menyatakan bahawa HSEU “secara aktif menggesa pengiktirafan lebih baik dan gaji yang lebih berdaya saing dalam sektor penjagaan masyarakat, bagi merapatkan jurang gaji antara sektor penjagaan masyarakat dan rawatan akut”.
“Kami menggalakkan semua pertubuhan penjagaan masyarakat untuk memenuhi garis panduan gaji ini.”
HSEU akan terus memperjuangkan kepentingan semua pekerja penjagaan kesihatan agar mereka dapat menikmati pertumbuhan gaji yang bermakna dan berterusan, dan sektor penjagaan kesihatan kekal menjadi pilihan tenaga kerja, tambah Cik Thanaletchimi.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.