Sekitar 230 kes dera kanak-kanak berisiko tinggi pada 2024 dilaporkan orang awam
Sekitar 230 kes penderaan kanak-kanak berisiko tinggi pada 2024 dilaporkan oleh orang awam, seperti jiran, anggota keluarga dan orang yang lalu-lalang, sedang pihak berkuasa menggesa masyarakat supaya lebih peka terhadap tanda-tanda penderaan kanak-kanak semasa cuti sekolah.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 230 kes penderaan kanak-kanak berisiko tinggi pada 2024 dilaporkan oleh orang awam, seperti jiran, anggota keluarga dan orang yang lalu-lalang, sedang pihak berkuasa menggesa masyarakat supaya lebih peka terhadap tanda-tanda penderaan kanak-kanak semasa cuti sekolah.
Ini merangkumi sekitar 10 peratus daripada 2,303 kes sedemikian yang dilaporkan tahun lalu, dengan 30 peratus lagi dilaporkan oleh sektor pendidikan, iaitu sekolah, prasekolah dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).
Laporan Trend Keganasan Domestik terkini yang dikeluarkan pada 10 Disember menunjukkan bahawa jumlah kes penderaan kanak-kanak berisiko tinggi - dikenali sebagai kes tahap 2 – meningkat sebanyak 14.5 peratus. Sekitar separuh daripada kes tersebut merupakan penderaan fizikal.
Kes-kes tersebut mungkin memerlukan campur tangan berkanun bagi memastikan keselamatan kanak-kanak, termasuk memindahkan mereka dari rumah. Kes berisiko tinggi diselia oleh Perkhidmatan Perlindungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).
MSF memberitahu Mediacorp bahawa bilangan laporan kepada Talian Bantuan Anti-Keganasan dan Gangguan Seksual Kebangsaan (NAVH) meningkat daripada 8,400 pada 2021 kepada 11,100 pada 2024.
Dalam tempoh yang sama, bilangan laporan berhubung penderaan dan pengabaian kanak-kanak meningkat daripada 2,200 kepada 4,500.
“Daripada laporan-laporan berhubung kanak-kanak yang diterima NAVH dan MSF pada 2024, sekitar 17 peratus diserahkan kepada Perkhidmatan Perlindungan MSF dan diambil sebagai kes penderaan kanak-kanak tahap 2,” menurut kementerian itu.
Laporan kepada NAVH boleh dibuat melalui panggilan atau borang laporan secara online. Borang laporan online itu dilancarkan pada Disember 2022, dan pelbagai laporan boleh dibuat berhubung isi rumah yang sama.
Dalam tempoh yang sama, sekitar 10 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak tahap 2 yang disiasat oleh Perkhidmatan Perlindungan merupakan kes mahkamah. Ini merujuk kepada kes-kes dengan Perintah Penjagaan dan Perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, yang diberikan oleh Mahkamah Belia.
Data awal bagi 2025 menunjukkan bahawa jumlah kes penderaan kanak-kanak pada separuh pertama 2025 lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2024.
Namun, terdapat peningkatan dalam jumlah kes baharu tahap 2 pada Oktober berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Menurut MSF, terdapat peningkatan kes baharu yang dirujuk kepada pihak berkuasa pada minggu-minggu awal selepas laporan mengenai kematian kanak-kanak berusia empat tahun, Megan Khung, dikeluarkan pada 23 Oktober.
“Memandangkan salah satu sumber rujukan utama adalah orang awam, kes Megan yang mendapat liputan meluas kemungkinan menyumbang kepada peningkatan tersebut,” menurut kementerian itu.
Dengan kanak-kanak tidak berada di sekolah semasa cuti akhir tahun, MSF meminta ahli keluarga, jiran, rakan kongsi masyarakat dan orang awam supaya berwaspada dan peka terhadap tanda-tanda penderaan kanak-kanak dalam masyarakat.
“Bersama-sama, dengan kekal peka dan menawarkan sokongan kepada mereka di sekeliling kita, kita dapat membantu melindungi mereka yang berisiko menjadi mangsa penderaan.”
PENINGKATAN DALAM JUMLAH LAPORAN AWAM
Dengan kesedaran awam yang semakin meningkat serta penambahbaikan sistem dan penyelarasan antara agensi, pusat-pusat khidmat keluarga memberitahu Mediacorp bahawa mereka menjangkakan lebih banyak laporan daripada orang awam.
Pada masa ini, pelaporan kes penderaan kanak-kanak banyak bergantung pada rangkaian keluarga atau rangkaian rasmi, kata jurucakap TRANS Family Services, yang mengendalikan tiga pusat khidmat keluarga.
“Kami percaya mungkin pada masa hadapan, apabila masyarakat menjadi lebih bersedia dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan, kita akan melihat lebih ramai orang awam tampil untuk membuat laporan dan menjadi sebahagian daripada ‘kampung’ yang melindungi dan membimbing anak-anak kita,” tambah jurucakap itu.
“Ini melibatkan peralihan minda daripada tidak campur tangan kepada satu pemikiran yang saling prihatin.”
Memandangkan penderaan kerap berlaku di belakang pintu yang tertutup, kecederaan sering berlaku di bahagian tubuh yang tidak “mudah dilihat” dan hanya mereka yang dekat dengan kanak-kanak, seperti ahli keluarga terdekat atau penjaga yang dipercayai, yang dapat mengenal pasti tanda-tandanya.
“Penderaan yang tidak meninggalkan kesan fizikal yang jelas, seperti penderaan emosi dan psikologi, atau menjadi saksi kepada keganasan rumah tangga, sememangnya kurang dapat dikesan oleh orang awam,” kata jurucakap itu.
“Kesan kepada bentuk penderaan sedemikian tidak kelihatan dengan serta-merta tetapi boleh diperhatikan melalui perubahan tingkah laku yang muncul kemudian hari pada kanak-kanak.”
Cik Natalie Lim, pengarah bahagian keluarga, masyarakat dan perkhidmatan pakar di agensi khidmat sosial Allkin Singapore, memberitahu Mediacorp bahawa lebih ramai anggota masyarakat “mengambil tindakan” dalam melaporkan penderaan kanak-kanak, walaupun “coraknya berbeza-beza”.
“Kebanyakan laporan masyarakat dibuat melalui rujukan talian NAVH, di mana jiran atau orang yang lalu-lalang menyuarakan kebimbangan, kadangkala berdasarkan suara tangisan kanak-kanak dalam kesusahan atau memerhatikan tingkah laku yang membimbangkan,” kata beliau.
“Laporan seperti ini mungkin tidak jelas, tetapi ia penting. Bahkan satu panggilan boleh mencetuskan lawatan rumah atau penilaian oleh pusat khidmat keluarga setempat atau polis untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.”
Cik Lim berkata terdapat “kesedaran awam dan kesediaan yang jelas” untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak.
Beliau menggalakkan jiran dan orang yang lalu-lalang untuk memberikan sebanyak mungkin butiran ketika membuat laporan, dan untuk “mengambil tindakan untuk memberi sokongan dalam kemampuan mereka”. Ini termasuk bertanya khabar, menawarkan bantuan atau mengemukakan kebimbangan awal.
“Kami menghargai setiap anggota masyarakat yang tampil ke hadapan kerana kewaspadaan mereka boleh mencegah kemudaratan,” katanya.
“Pelibatan masyarakat kekal sebagai faktor pelindung yang berkuasa.”
Cik Adisti Jalani, pekerja sosial utama di Pave Integrated Services, berkata lebih banyak keluarga yang mengalami keganasan mendapatkan panduan dan sokongan berhubung kes penderaan kanak-kanak.
Apabila ditanya tentang peningkatan kes, Cik Jalani berkata ia mungkin didorong oleh gabungan peningkatan laporan dan “kemungkinan peningkatan sebenar” dari segi kejadian.
Beliau menambah, walaupun kesedaran awam mendorong lebih banyak laporan, sesetengah kes, terutamanya yang bukan fizikal seperti penderaan emosi atau pendedahan kanak-kanak kepada keganasan pasangan rumah tangga, mungkin masih berlaku.
Cik Jalani turut merujuk kepada kes Megan Khung dan berkata beliau percaya kesedaran yang meningkat itu mungkin menggalakkan orang awam untuk menjadi lebih proaktif dalam melaporkan kes penderaan dengan segera.
USAHA DIPERTINGKAT
Kesedaran yang lebih tinggi dan sikap lebih terbuka untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak menunjukkan bahawa jumlah laporan akan terus meningkat sebelum ia menjadi stabil, menurut agensi perkhidmatan sosial kepada Mediacorp.
Cik Lim dari Allkin Singapore berkata, walaupun kes penderaan dijangka meningkat dalam beberapa tahun akan datang, trend jangka panjang bergantung kepada cara masyarakat mengurangkan tekanan keluarga dan menambah baik langkah pencegahan sebelum angka tersebut stabil.
"Keadaan yang stabil menandakan kita telah beralih daripada cara bertindak hanya bila berlaku krisis, kepada pendekatan sistemik yang membina sokongan keluarga yang lebih kuat dalam semua aspek," tambahnya.
Angka yang stabil juga akan menjadi petunjuk bahawa prosedur untuk mengesan dan melaporkan kes penderaan kanak-kanak adalah berkesan.
Ia juga menunjukkan bahawa sistem tidak “dibebani secara tidak perlu” oleh laporan berlebihan, dan tidak pula berdepan dengan situasi di mana penderaan terus berlaku secara tersembunyi dan tidak dilaporkan, kata jurucakap dari TRANS Family Services.
“Walaupun kami tidak pasti bila, harapan kami adalah agar angka itu akhirnya stabil dan mencapai keseimbangan dari semasa ke semasa.”
MSF menyatakan bahawa pihaknya akan menggandakan usaha pencegahan melalui beberapa cara, seperti memperluaskan rangkaian rakan kongsi masyarakat untuk meningkatkan kesedaran dan mewujudkan penyelesaian bagi menangani keganasan rumah tangga.
Kementerian itu juga merancang untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan rumah tangga dalam kalangan “rakan serantau” sebagai pengesanan awal sebagai “mata dan telinga di lapangan”.
Ia turut bekerjasama dengan prasekolah dan sekolah untuk membekalkan kanak-kanak dengan pengetahuan dan kemahiran bagi mengenali situasi tidak selamat, melindungi diri mereka dan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai.
MSF juga sedang membangunkan "kandungan pendidikan awam yang sensitif terhadap budaya” untuk menggalakkan pencegahan dan usaha bagi mendapatkan bantuan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.