Sekitar 1.9 juta rakyat S'pura sudah tebus Baucar Teroka Semula Singapura: STB

(Gambar: Cindy Co)
SINGAPURA: Sekitar 1.9 juta rakyat Singapura atau sekitar dua pertiga penduduk yang layak, sudah menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura (SRV) sekurang-kurangnya sekali sebelum skim itu berakhir pada 31 Disember 2021.
Sekitar 2.6 juta urus niaga dicatat, yang bernilai S$300 juta, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (21 Jan). Ini termasuk sekitar S$180 juta dalam bentuk baucar dan sekitar S$120 juta bagi bayaran tambahan.
"Skim SRV menawarkan sokongan yang amat diperlukan kepada perniagaan pelancongan tempatan kita semasa waktu mencabar ini," menurut STB dalam satu kenyataan media.
"Syarikat peniaga besar dan kecil dalam tiga industri utama pelancongan sudah menyaksikan kenaikan pada pendapatan masing-masing sejak pelancaran skim SRV pada Disember 2020."
Baucar-baucar itu juga memiliki "kesan berganda", yang menyebabkan perbelanjaan tambahan dalam perniagaan pelancongan dan yang berkaitan, tambahnya.
Segelintir perniagaan kecil, termasuk wisata, sudah lebih awal ditempah sepenuhnya.
"Terdapat lebih banyak tempahan bagi wisata, dengan tempahan rancak semasa musim cuti sekolah," menurutnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.