Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 180 orang dipindahkan susuli kebakaran di flat Tampines

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 180 orang dipindahkan susuli kebakaran di flat Tampines

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sewaktu operasi memadamkan api di Block 941, Tampines Ave 5, pada Jan 28, 2022. (Gambar: Facebook/SCDF)

SINGAPURA: Sekitar 180 orang dipindahkan susuli kebakaran yang tercetus di sebuah flat di kawasan Tampines pada Jumaat (28 Jan).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkann pada awal pagi Sabtu mereka dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di Blok 941, Tampines Ave 5, pada kira-kira 10.30 malam semalam.

Api sedang marak ketika pasukan SCDF tiba di unit dua tingkat di tingkat 10 itu.

Anggota bomba terpaksa masuk secara paksa ke unit tersebut dan kemudian ke bilik tidur di tingkat satu di mana mereka menemui seorang lelaki tidak sedarkan diri sedang terbaring di lantai.

Lelaki itu diselamatkan dan kemudian dihantar ke Hospital Besar Changi.

"Kebakaran yang melibatkan barangan di seluruh unit itu dipadamkan menggunakan dua jet air," menurut SCDF.

Tambahnya sekitar 180 orang dari unit-unit berhampiran dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan