Skip to main content

Singapura

Sekitar 140 kedai kopi tawar diskaun bagi minuman & makanan sempena SG60

Penduduk Singapura boleh menikmati promosi dan harga diskaun di sekitar 140 kedai kopi di bawah lima pengendali utama.

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 07 Apr 2025 07:47PM Dikemas Kini : 07 Apr 2025 10:11PM
SINGAPURA: Penduduk Singapura boleh menikmati promosi dan harga diskaun di sekitar 140 kedai kopi di bawah lima pengendali utama.

Harga diskaun yang terendah sebanyak 60 sen diberikan untuk secangkir kopi atau teh 'O' kosong tanpa gula.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi meraikan hari jadi ke-60 negara.

Para pengendali juga sedang merancang promosi untuk gerai-gerai lain.

Mereka menjangkakan beberapa cabaran terkait kos, tetapi akan berusaha untuk mengurangkannya.

Ketua Pegawai Kewangan, Syarikat Chang Cheng, Jacky Peh berkata: "Kami akan bekerja rapat bersama penyewa gerai kami untuk lihat bagaimana untuk mengurangkan kos mereka.

"Jika perlu, kami mungkin akan pertimbangkan rebat sewa untuk cuba menyokong mereka supaya dapat memastikan promosi SG60 ini berjaya."

Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Baucar CDC yang bertujuan membantu warga Singapura menangani kebimbangan kos sara hidup.

Dalam satu kemas kini berkaitan inisiatif menu jimat, 250 kedai kopi kini terlibat, naik daripada 231 tahun lepas.

Sebanyak 604 gerai kini menawarkan pilihan makanan yang lebih murah bagi warga Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita