Sekitar 12,000 flat HDB dengan masa menunggu lebih singkat dilancarkan jelang 2027
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menambah lebih banyak bekalan flat yang mempunyai masa menunggu yang lebih singkat iaitu kurang tiga tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menambah lebih banyak bekalan flat yang mempunyai masa menunggu yang lebih singkat iaitu kurang tiga tahun.
Sebanyak 12,000 unit sedemikian dijadual dilancarkan antara 2025 dengan 2027.
Jumlah itu lebih tinggi daripada keseluruhan jumlah flat seumpamanya yang dilancarkan sepanjang lima tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Rabu (26 Mac) semasa mengumumkan inisiatif tersebut.
Satu skim yang membantu pasangan muda membeli rumah, iaitu skim menangguh penilaian pendapatan, juga akan diperluaskan.
Berucap di Universiti Nasional Singapura (NUS) semasa sesi dialog MyNiceHome, Encik Lee berkata Pemerintah menepati jadual melebihi komitmennya untuk melancarkan 100,000 flat Bina-Ikut-Tempah (BTO) antara 2021 dengan 2025.
"Ia adalah bersamaan dengan jumlah flat HDB yang dibangunkan di dua bandar Ang Mo Kio dalam masa kurang lima tahun, walaupun pandemik COVID-19 melanda," katanya.
Median masa menunggu bagi flat-flat BTO juga telah disingkatkan kepada kurang empat tahun, iaitu setanding dengan masa sebelum pandemik.
Di kemuncak pandemik, masa menunggu bagi sebuah flat BTO adalah sekitar empat hingga lima tahun.
FLAT DENGAN MASA MENUNGGU LEBIH SINGKAT
Sebelum ini diumumkan bahawa lebih 50,000 flat BTO akan dilancarkan antara 2025 dengan 2027.
Sebanyak 12,000 flat dengan masa menunggu lebih singkat membentuk 24 peratus daripada keseluruhan jumlah flat bagi tempoh yang sama.
Sepanjang beberapa tahun ini, HDB menawarkan lebih banyak flat dengan masa menunggu yang lebih singkat.
Pada 2023, HDB melancarkan 732 flat sedemikian di Sin Ming Residences di kawasan Bishan.
Pada 2024, lebih 2,800 flat dengan masa menunggu lebih singkat dijual di Bukit Batok, Sengkang dan Woodlands.
Encik Lee berkata pada Januari lalu bahawa 3,800 flat yang akan dilancarkan pada 2025 akan mempunyai masa menunggu lebih singkat iaitu kurang tiga tahun.
Dengan adanya usaha meningkatkan bekalan flat BTO dan mengurangkan masa menunggu, Encik Lee berkata kadar permohonan bagi pemohon keluarga kali pertama telah berkurangan dan menjadi stabil bawah paras sebelum COVID-19 - iaitu daripada 3.7 pada 2019 kepada 1.5 dalam sesi pelancaran BTO pada Februari 2025.
Dalam ucapannya di NUS, Encik Lee berkata Pemerintah mahu memberikan lebih sokongan bukan sekadar kepada pemohon keluarga kali pertama.
"Kami bersedia melakukan demikian, tetapi kita akur dan memahami seruan untuk mengurangkan usia kelayakan bagi golongan bujang dan aspirasi kumpulan warga Singapura yang lain.
"Kami akan terus bekerja keras dan ini adalah sesuatu yang kita perlu kaji dan semak dengan teliti," katanya.
"Di bawah rangka kerja klasifikasi baharu iaitu flat Standard, Plus dan Prime, golongan bujang kini boleh membeli flat fleksi dua bilik di merata Singapura untuk tinggal berdekatan ibu bapa mereka yang tinggal di kawasan yang dahulu digelarkan sebagai estet matang.
Skim Jagaan Keluarga yang akan dilancarkan pada lewat tahun ini, juga akan memberi akses keutamaan kepada golongan bujang dalam permohonan mereka bagi flat baharu untuk tinggal bersama atau berdekatan ibu bapa mereka, dan sebaliknya.
LEBIH BANYAK BANTUAN UNTUK PASANGAN MUDA
Skim Penilaian Pendapatan Ditangguh akan diperluaskan untuk merangkumI pasangan muda di mana hanya salah seorang perlu menjadi pelajar sepenuh masa atau anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) untuk melayakkan diri.
Skim itu akan dilaksanakan mulai sesi penjualan pada Julai 2025.
Ia membolehkan pasangan muda untuk memohon bagi flat baharu dahulu dan menangguh penilaian pendapatan bagi geran perumahan atau pinjaman sehingga mereka mengambil kunci.
Memandangkan kelayakan geran dan pinjaman selalunya bergantung kepada pendapatan isi rumah, dengan menangguhkan penilaian itu ia dapat bantu pasangan muda melayakkan diri bagi jumlah pinjaman lebih tinggi.
Pada masa ini, kedua-dua pihak sama ada perlu menjadi pelajar sepenuh masa atau menjalani NS, atau tamat pengajian atau NS dalam tempoh 12 bulan sebelum memohon bagi surat kelayakan flat HDB.
Encik Lee berkata beliau menerima maklum balas daripada golongan muda rakyat Singapura bahawa seringkali berlaku situasi di mana salah seorang daripadanya telah mula bekerja selepas tamat pengajian, tetapi seorang lagi mungkin masih belajar atau sedang menjalani NS.
"Tetapi kerana ia adalah pasangan pendapatan tunggal apabila mereka mahu menempah flat lebih awal, mereka mungkin tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan lebih tinggi untuk membeli flat yang diingini dan mereka mungkin menghadapi kesukaran membayar wang pendahuluan awal," katanya.
Peluasan skim itu akan memanfaatkan lebih ramai pasangan muda, termasuk mereka yang menjalani khidmat NS selepas tamat pengajian politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), selain daripada para graduan universiti.
FLAT BERJUTA DOLAR, 'KESAN LOTERI'
Encik Lee juga sedia maklum kebimbangan mengenai flat-flat jualan semula yang dijual pada harga lebih sejuta dolar.
"Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa terdapat pelbagai jenis perumahan mampu milik bagi setiap kemampuan berbeza, bagi kedua-dua flat BTO, iaitu flat baharu yang dibina dan dijual dan ditetapkan harga oleh HDB, dan flat jualan semula, iaitu yang anda beli daripada pemiliknya dalam pasaran terbuka," katanya.
"Salah satu cara untuk memastikan ia mampu milik adalah dengan menetapkan harga bagi flat-flat BTO untuk memastikan ia boleh dimampui dan justeru, ia datang dengan diskaun ketara dalam pasaran bahkan sebelum anda memohon bagi geran yang diberikan mengikut penilaian kemampuan anda."
Encik Lee menarik perhatian dalam penjualan flat BTO pada Februari lalu, sebagai contoh, flat-flat empat bilik lazimnya dijual pada harga sekitar S$350,000 dengan S$650,000 mengikut projek dan lokasinya.
Mengambil kira gaji permulaan median untuk para graduan pada tahun lalu iaitu S$4,500, bagi pasangan yang meraih pendapatan gabungan sebanyak S$9,000, semua projek berada dalam kemampuan mereka selepas beberapa tahun mereka bekerja, "tanpa sebarang atau hanya sedikit pengeluaran wang tunai" bagi bayaran ansuran pinjaman bulanan, kata Encik Lee.
Beliau menambah klasifikasi flat Standard, Plus dan Prime memastikan flat-flat di lokasi menarik yang dijual pada harga lebih tinggi tetap boleh dimampui oleh pemohon kali pertama.
Langkah sekatan lebih ketat juga dilaksanakan bagi flat-flat Plus dan Prime, seperti Tempoh Penginapan Minimum selama 10 tahun berbanding lima tahun bagi unit Standard, pemulihan subsidi serta syarat lebih ketat bagi penyewaan dan penjualan semula flat.
"Langkah-langkah sekatan ini bertujuan melaksanakan matlamat pemilik-penginapan dalam perumahan awam, dan mengurangkan nilai pelaburan apabila membeli sebuah flat BTO, dan justeru bertujuan mengehadkan keuntungan spekulatif atau kesan loteri," katanya.
"Kami akan terus mengemas kini dasar-dasar kami, terus mengemas kini skim-skim kami bagi menyokong rakyat Singapura dari setiap peringkat usia, di peringkat kehidupan yang berbeza."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.