Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 10,000 pengunjung lawat Rumah Terbuka Istana; Presiden Halimah lancar kempen berbuat baik

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2022 08:02PM Dikemas Kini : 17 Jul 2022 09:46PM
SINGAPURA: Sekitar 10,000 orang mengunjungi Istana pada Ahad (17 Jul) dalam acara Rumah Terbuka sempena Hari Kebangsaan.

Para pengunjung dapat menikmati persembahan dan menyertai pelbagai kegiatan setelah dua tahun rumah terbuka sebegini tidak dapat diadakan kerana COVID-19.
Di acara tersebut, Presiden Halimah Yacob melancarkan kempen "22 Hari Melakukan Kerja-Kerja Baik" dengan menanam pokok bersama empat keluarga di Taman Inklusif.

Kempen itu bertujuan menggalak rakyat Singapura untuk terus melakukan kegiatan yang menyumbang kepada masyarakat dalam tempoh 22 hari menjelang Hari Kebangsaan.

"Saya berharap bahawa dalam perayaan Hari Kebangsaan tahun ini kita sama-sama bersatu-padu, kita bersatu hati dalam usaha kita untuk terus memajukan Singapura dan juga menggalakkan perasaan lebih sepakat dan bersatu di kalangan rakyat Singapura," kata Puan Halimah.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan