Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 100 orang dipindahkan selepas kebakaran di kedai Pusat Beli-Belah Far East

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 100 orang dipindahkan selepas kebakaran di kedai Pusat Beli-Belah Far East
Diterbitkan : 16 Feb 2023 02:43PM Dikemas Kini : 16 Feb 2023 07:31PM
SINGAPURA: Sekitar 100 orang dipindahkan daripada Pusat Beli-Belah Far East pada Rabu malam (15 Feb) selepas kebakaran berlaku di kedai barang kemas di tingkat pertama.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dihubungi tentang kejadian itu sekitar pukul 10.30 malam.

Gambar dan video yang dirakam pembaca Mediacorp menunjukkan asap di luar kedai barang kemas House of Hung dan anggota bomba sedang cuba memecah masuk kedai itu.

Kebakaran tersebut melibatkan kandungan dalam kabinet paparan, menurut SCDF.

"SCDF memecah masuk unit itu dan mengunakan jet air untuk memadamkan api," tambah SCDF.

Polis dan SCDF memindahkan sekitar 30 orang, manakala 70 yang lain sudah bergegas keluar dari tempat kejadian sebelum pegawai tiba.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Encik Shyam Raj, pemilik bar Al Capone di tingkat dua pusat beli-belah itu berkata beliau terdengar penggera kebakaran berbunyi sekitar pukul 10.15 malam.

Beliau menganggap ia hanya latihan yang dijalankan pengurus bangunan itu, namun penggera tetap berbunyi selama 10 minit dan seorang rakan memberitahu bahawa tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu berasap.

"Saya dengan serta merta pergi ke tempat kejadian dan bangunan mempunyai bau elektrik terbakar, atau serupa dengan bau itu," kata Encik Shyam Raj, sambil menambah bahawa kakitangan dan pelanggan Al Capone dipindahkan sekitar pukul 11.10 malam.

"Tempat itu mempunyai bau yang teruk. Lobi berbau seperti getah terbakar dan dipenuhi asap."

Menurut Encik Shyam Raj, anggota bomba mengambil sekitar 30 minit untuk memecahkan kunci dan memotong jeriji kedai.

SCDF menyatakan punca kebakaran sedang disiasat.
Sumber : CNA/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan