Sekitar 100 orang beri penghormatan terakhir buat peserta NDP yang meninggal dunia semasa latihan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dari seawal 9 pagi lagi, ahli keluarga dan rakan-rakan sudah mula berkumpul di sebuah flat di Tampines untuk memberikan penghormatan mereka yang terakhir buat peserta Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang meninggal dunia semalam (21 Jun).
Peserta polis Certis berusia 47 tahun itu rebah di akhir sesi latihan NDP di Padang dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.
Jenazah Almarhum Muhammad Adzri Abdul Adziz dibawa pulang dari hospital sekitar tengah hari tadi (22 Jun).
Turut hadir untuk memberikan sokongan mereka buat ahli keluarga ialah Anggota Parlimen bagi GRC Tampines, Menteri Masagos Zulkifli dan Encik David Neo.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Darul Ghufran sekitar jam 3 petang bagi solat jenazah dengan kira-kira 100 jemaah sebelum dibawa ke Pusara Aman untuk dikebumikan.
Almarhum merupakan sebahagian daripada kontinjen OneChangi.

PESERTA NDP DIINGATKAN TENTANG KESELAMATAN
Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan telah mengadakan taklimat bagi mengingatkan semua peserta NDP tentang prosedur keselamatan dan perubatan yang ditetapkan.
MINDEF menyatakan terdapat sistem sokongan kesihatan dan perubatan yang disediakan bagi setiap sesi latihan NDP.
Taklimat tersebut diadakan sejurus selepas Almarhum yang berusia 47 tahun, rebah di akhir sesi latihan di Padang semalam (21 Jun).
Para jurulatih juga akan terus memantau keselamatan dan kesihatan para peserta.
Peserta yang terlibat dalam perbarisan digesa untuk tidak meneruskan latihan sekiranya mereka berasa tidak sihat dan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya tidak pasti tentang tahap kesihatan atau kecergasan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.