Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekitar 1,000 gelandangan di S'pura: Kajian

Sekitar 1,000 orang hidup gelandangan di jalan-jalan raya Singapura, menurut kajian pertama yang dijalankan di sini untuk mengukur sejauh mana keadaan itu di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 1,000 gelandangan di S'pura: Kajian

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 08 Nov 2019 08:07PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 08:16PM

SINGAPURA: Sekitar 1,000 orang hidup gelandangan di jalan-jalan raya Singapura, menurut kajian pertama yang dijalankan di sini untuk mengukur sejauh mana keadaan itu di negara ini.

Jumlah golongan gelandangan yang tertinggi dilaporkan di Bedok, Kallang dan di kawasan Bandar. Setiap daerah mempunyai lebih 50 gelandangan, menurut kajian yang diterajui oleh Penolong Profesor Ng Kok Hoe dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Kurang daripada 10 orang gelandangan dilihat di kawasan Bukit Panjang, Sembawang dan Sengkang.

Kajian itu mendapati bahawa 87 peratus orang gelandangan adalah kaum lelaki. Sekitar separuh daripada mereka dianggarkan dalam lingkungan 50-an tahun atau lebih tua. Sekitar 30% sudah berpisah, bercerai atau menjadi balu, dengan jumlah serupa masih bujang.

Dalam laporan bertajuk, "Gelandangan di Singapura: Hasil hitung di jalan raya Singapura", Penolong Profesor Ng berkata: "Meskipun perhatian awam terhadap isu itu semakin meningkat sejak beberapa tahun ini, saiz golongan gelandangan di Singapura sejak dahulu lagi tidak diketahui."

Menurutnya, langkah mengukur keadaan gelandangan dengan cara sistematik dan telus membolehkan para penyelidik untuk menyediakan panduan dari segi perancangan dasar dan khidmat, katanya.

MENGAPA MEREKA TIDAK PUNYAI TEMPAT TINGGAL?

Hampir separuh yang diwawancara yakni 47 peratus - berkata masalah pengangguran, pekerjaan tidak tetap dan gaji rendah adalah antara sebab mereka hidup gelandangan.

Sekitar 37 peratus pula memberi sebab konflik keluarga dan bercerai, manakala 27 peratus menyebut masalah perumahan seperti tidak mampu membayar sewa dan pajak gadai atau sudah menjual rumah mereka.

Bagaimanapun sekitar 40 peratus golongan gelandangan berkata mereka ada rumah yang didaftarkan atas nama mereka. 15 peratus berkata mereka sewa flat awam, manakala 11 peratus pernah membeli flat HDB. Bakinya berkata mereka sewa di asrama atau punya rumah di luar negara.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan