Sekilas pandang tudung boleh dipakai kakitangan Muslimah di hospital mulai Isnin depan
Beberapa hospital telah menawarkan sekilas pandang tudung yang boleh dipakai oleh kakitangan Muslimah di tempat kerja, mulai Isnin depan.

Gambar: SingHealth
SINGAPURA: Beberapa hospital telah menawarkan sekilas pandang tudung yang boleh dipakai oleh kakitangan Muslimah di tempat kerja, mulai Isnin depan.
Tudung rekaan SingHealth misalnya ada belahan bagi pelitup pembedahan dan juga stetoskop untuk memudahkan tugasan mereka.
Kakitangan Muslimah boleh memilih untuk membeli tudung yang dibenarkan itu atau memakai tudung mereka sendiri yang mematuhi garis panduan hospital.
Kakitangan SingHealth juga boleh memadankan tudung berwarna putih atau kelabu dengan seragam mereka.
Namun, mereka tidak dibenarkan memakai tudung mereka sendiri dalam persekitaran yang berisiko tinggi, seperti di bilik pembedahan.
Menurut SingHealth, mereka sedang mengambil kira penggunaan tudung pakai buang dalam persekitaran steril.
Bagi IHH Healthcare, yang mengendalikan hospital seperti Mount Elizabeth dan Gleneagles, ia akan menggunakan warna-warni yang berbeza bagi setiap jawatan.
Para jururawat akan memakai warna kuning air, kakitangan pentadbiran dipadankan dengan warna biru, manakala kakitangan F&B memakai tudung berwarna hitam.
Mereka turut dibenarkan memakai tudung mereka sendiri sekiranya sepadan dengan gaya yang dibenarkan oleh IHH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.