Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sekatan eksport ikan, udang M'sia "dijangka tidak akibatkan kesan besar" kepada S'pura

Sekatan-sekatan eskport ikan dan udang Malaysia tidak dijangka memberi kesan besar terhadap keseluruhan bekalan makanan laut Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 04:58PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 11:15PM

SINGAPURA: Sekatan-sekatan eskport ikan dan udang Malaysia tidak dijangka memberi kesan besar terhadap keseluruhan bekalan makanan laut Singapura. Demikian menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) pada Rabu (19 Dis).

Kenyataan itu menyusuli pengumuman oleh kerajaan Malaysia kelmarin bahawa ia akan menyekat eksport bagi empat jenis ikan dan udang tangkapan untuk memenuhi kekurangan dalam pasaran semasa musim perayaan dan monsun.

"Pada Oktober 2018, Malaysia memaklumkan AVA bahawa ia akan melaksanakan sekatan eksport terhadap lima jenis ikan, dan udang-udang dari 1 Jan hingga 28 Feb 2019 dan 1 Mei hingga 30 Jun 2019.

"Sekatan-sekatan eksport sedemikian sudah dikuatkuasakan sepanjang enam tahun lalu, akibat bekalan lebih rendah semasa musim monsun dan permintaan lebih tinggi semasa tempoh-tempoh perayaan," menurut AVA.

Pihak berkuasa menambah: "Berdasarkan pengalaman tahun lalu, sekatan-sekatan eksport, besar kemungkinan tidak akan banyak menjejas bekalan keseluruhan kami, kerana para pengimport sudah bersedia untuk memanfaatkan sumber-sumber yang sedia ada semasa tempoh-tempoh tersebut."

AVA turut menyatakan bahawa ia akan terus memantau situasi itu dengan rapi.

AVA mengongsi bahawa spesies-spesies yang terjejas serupa dengan tahun-tahun sebelumnya dan ia termasuk ikan kembung, ikan pelaling, ikan selar, ikan selayang/sardin, ikan bawal dan udang (segala jenis udang). 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan