Sekalipun langkah pengurusan selamat dilonggarkan, masyarakat digesa terus berwaspada
Menyusuli pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, kebanyakan daripada kegiatan bulan Ramadan yang digantung sebelum ini boleh disambung semula secara lebih terkawal dan dipantau.

Seorang kakitangan di Masjid Al-Muttaqin menanggalkan pelekat jarak selamat pada malam 16 Mac 2022. (Gambar: MUIS)
SINGAPURA: Menyusuli pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, kebanyakan daripada kegiatan bulan Ramadan yang digantung sebelum ini boleh disambung semula secara lebih terkawal dan dipantau.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan Facebook hari ini (29 Mac).
Walaupun langkah-langkah pengurusan selamat dilonggarkan, ini tidak bermakna masyarakat akan kembali ke situasi Ramadan sebelum pandemik.
Langkah-langkah pengurusan selamat tetap dilaksanakan di masjid-masjid bagi keselamatan para jemaah dan membendung risiko penularan.
"Kami mohon sokongan dan pemahaman masyarakat Muslim supaya terus bertanggungjawab sosial, menunjukkan belas kasihan dan menyokong para kakitangan dan relawan masjid dan melindungi kesihatan awam sedang kita menunaikan kewajipan agama di masjid," menurut MUIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.