Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sejumlah perniagaan di Orchard Road belum pulih ke tahap pra-COVID

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jan 2024 08:15PM Dikemas Kini : 14 Jan 2024 12:08AM
SINGAPURA: Beberapa perniagaan sepanjang Orchard Road menyatakan bahawa perniagaan masih belum pulih ke tahap pra-COVID.

Antara sebab utamanya adalah jumlah pelancong daripada China yang masih belum meningkat, dedah Persatuan Perniagaan Orchard Road.

Untuk meneruskan perniagaan, para pakar mencadang menawarkan pengalaman unik yang hanya boleh didapatkan di Singapura.

Pada 'Minggu Emas' ketika waktu sibuk musim cuti Oktober lalu, hanya 178,000 pelawat dari China yang melawat Singapura.

Jelas, jumlah pelancong China tidak datang seperti yang diharapkan.

Jumlah itu hampir separuh daripada jumlah pada 2019.

Perbelanjaan oleh para pembeli China juga merosot, menurut syarikat pembayaran global, yang menjejaki transaksi yang dibuat di Singapura.

Ini merupakan satu keprihatinan bagi para peniaga yang turut mengalami masalah tersebut.

Oleh itu, beberapa perniagaan kini menawarkan perniagaan yang lebih unik, seperti minuman yang direka khas seperti 'Kaya Latte'.

Untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Orchard Road, Persatuan Perniagaan Orchard Road berusaha mengembalikan Night At Orchard (NAO).

Ini adalah pasaran 'pop-up' yang akan berlangsung di sepanjang ION Orchard ke Galeri Mandarin.

Pembeli boleh menjangkakan lebih daripada 50 gerai, mempamerkan bakat terbaik Singapura merentasi muzik, seni, makanan dan banyak lagi.

Kali terakhir acara tersebut diadakan adalah pada 2019.
Sumber : CNA/AT/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan