Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sejumlah kecil kereta Mercedes-Benz ditarik balik kerana masalah pam penyejuk bocor

"Sejumlah kecil" kereta Mercedes-Benz yang menggunakan minyak diesel di Singapura ditarik balik kerana kebocoran dalam pam penyejuk yang boleh menyebabkan suhu pada enjin naik dengan mendadak.

Anggaran Waktu Membaca:
Sejumlah kecil kereta Mercedes-Benz ditarik balik kerana masalah pam penyejuk bocor

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 08:30AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 08:30AM

SINGAPURA: "Sejumlah kecil" kereta Mercedes-Benz yang menggunakan minyak diesel di Singapura ditarik balik kerana kebocoran dalam pam penyejuk yang boleh menyebabkan suhu pada enjin naik dengan mendadak.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap dari Daimler Asia Tenggara, iaitu syarikat induk Mercedes-Benz, berkata pemilik kenderaan yang terjejas akan dihubungi langsung oleh pengedar.

Kenderaan-kenderaan itu "harus dipandu dengan penuh berhati-hati dan penggunaannya perlu dihadkan".

Kerosakan teknikal itu pertama kali dilaporkan pada awal Januari lalu oleh akhbar Jerman Bild.

Ia melaporkan bahawa Daimler telah menghantar surat kepada sekitar 800,000 pemilik kereta Mercedes-Benz yang terjejas kerosakan itu di seluruh dunia. Daimler juga menyatakan bahawa "tidak boleh ditolak sama sekali risiko berlaku kebakaran".

Daimler Asia Tenggara menyatakan model-model kereta yang terjejas adalah:

- GLE/GLS (167 platform) - C-Class (205 platform)
- E-Class (213 platform)
- S-Class (222 platform)
- S-Class (223 platform)
- E-Class Coupe/Konvertibel (238 platform)
- GLC (253 platform)
- CLS (257 platform)
- G-Class (463 platform)

Pam penyejuk dalam model-model tersebut mungkin mengalami kebocoran antara sistem vakum dan litar penyejuk, tambahnya.

"Dalam kes sedemikian, bahan penyejuk yang masuk ke dalam sistem vakum boleh merosakkan beberapa komponen. Sekiranya injap suis elektrik terkena bahan penyejuk, dalam kes terpencil,suhu pada bahagian dalam enjin itu mungkin meningkat selepas beberapa waktu disebabkan reaksi elektrokimia."

Syarikat itu sedang berusaha untuk menghuraikan isu tersebut dengan meningkatkan sofwe dan menggantikan bahagian-bahagian komponen terjejas menjelang pertengahan atau hujung bulan ini.

Sumber : Today/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa