Sejumlah besar ikan mati ditemui di Pantai Sembawang; pihak berkuasa jalankan siasatan, ujian mutu air
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat kematian satu spesies ikan yang ditemui di Pantai Sembawang baru-baru ini.
Menerusi video yang dihantar seorang pembaca kepada Mediacorp, banyak ikan berwarna perak dilihat di perairan dan pasir Pantai Sembawang. Ikan-ikan yang dihanyutkan ke pantai tersebut didapati sudah mati.
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) pada Jumaat (5 Jan) menyatakan bahawa pihaknya telahpun dimaklumkan mengenai kes tersebut pada Rabu.
"Sejurus dimaklumkan, NEA mengerahkan penyedia khidmatnya untuk membersihkan kawasan yang dipenuhi ikan-ikan yang sudah mati, dan mengerahkan pegawai-pegawai di tapak tersebut untuk memantau keadaan mutu air tersebut," nyata agensi itu.
"Pegawai NEA telah mengambil sampel air di beberapa lokasi sepanjang dan berhampiran Pantai Sembawang untuk analisis makmal dan akan memantau mutu air di kawasan itu secara berkala dalam tempoh beberapa hari seterusnya."
NParks mengenal pasti ikan yang mati itu sebagai spesies, Kelee Shad, yang juga dikenali sebagai Hilsa kelee.
Spesies tersebut ditemui di perairan pantai Singapura dan merupakan pemakan plankton biasa yang bergerak dalam kumpulan besar."
NEA dan NParks sedang menyiasat punca kematian ikan itu dan sedang memantau keadaan bersama Agensi Makanan Singapura (SFA)," menurut agensi-agensi itu.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.