Sejumlah AP SG persoalkan undang-undang penahanan tanpa perbicaraan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa Anggota Parlimen (AP) mempersoalkan kepentingan undang-undang lama, yang membenarkan pemerintah untuk memberkas individu yang terkait dengan sejumlah jenayah tanpa dibicarakan.
Sebagai contoh, anggota kongsi gelap dan pengedar dadah.
Para AP menarik perhatian bahawa lanskap jenayah Singapura sudah berubah, dan negara ini merupakan salah satu negara paling selamat di dunia.
Undang-undang itu dilanjutkan buat kali ke-15 sejak ia dikuatkuasakan pada 1955.
"Jika keadaan kongsi gelap di Singapura dapat dikawal, jika kes-kes melibatkan pinjaman wang tanpa lesen sudah merosot 40 peratus, jika jumlah penagih dadah juga berkurang dengan banyak sejak 1990'an, masihkah wajar untuk undang-undang ini dilanjutkan?," tanya Anggota Parlimen SMC Mountbatten, Lim Biow Chuan.
"Saya tertanya-tanya, sama ada pemerintah perlu lebih banyak lanjutan kepada Akta tersebut selagi aktiviti jenayah seperti kumpulan kongsi gelap,sindiket dadah atau jenayah, pinjaman wang tidak berlesen, dan lain-lain lagi terus berlarutan, ditambah pula dengan kemungkinan saksi diugut," tambahnya.
"Saya ingin bertanya sama ada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) juga sudah menilai langkah-langkah kawalan atau penguatkuasaan yang lain bagi menangani kegiatan jenayah tertentu seperti kumpulan kongsi gelap, dadah dan sindiket jenayah," kata Anggota Parlimen SMC Hougang Dennis Tan.
Dalam responsnya di Parlimen, Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim menekankan
bahawa Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) kekal sebagai sebahagian daripada senjata utama negara dalam menentang kegiatan kongsi gelap dan jenayah terancang.
Beliau menegaskan bahawa Akta itu hanya digunakan sebagai langkah terakhir, dan polis mempunyai banyak cara lain untuk memerangi jenayah tersebut.
"Polis amalkan strategi serampang dua mata, iaitu penguatkuasaan dan pencegahan bagi menangani masalah samseng, khususnya dalam kalangan belia," kata Dr Faishal.
"Selain mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas,
polis secara kerap menjalankan program mendampingi masyarakat dan bekerjasama dengan rakan kongsi utama untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pengalihan dan pemulihan bagi mendidik orang ramai tentang bahaya menyertai kumpulan samseng serta menghalang dan mengesan penglibatan belia dalam kumpulan samseng," tambahnya.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.