Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sejauh mana warga S'pura sihat & berdaya tahan mental berbanding negara Asia yang lain?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejauh manakah warga Singapura sihat dan berdaya tahan mental berbanding negara Asia yang lain?

Fitness First baru- baru ini mengeluarkan dapatan Kajian Kesejahteraan Evolusi pertamanya yang melibatkan lebih 10,000 peserta dari negara pasarannya iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina dan Hong Kong.

Tinjauan tersebut berakhir pada Oktober 2021 dan dapatan kajian dikeluarkan bulan ini (Mei 2022).

Bagaimana prestasi kita dari segi mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan? Malangnya, ia tidak begitu baik. 

Singapura mendapat markah lebih rendah daripada purata Asia dalam kad laporan kesihatan. 

Dalam ranking keseluruhan, Singapura menduduki tempat kedua terakhir dengan 69 mata, menewaskan Hong Kong yang meraih 67 mata. Indonesia pula menduduki tempat pertama dengan 79 mata diikuti Thailand dengan 77 mata.

Berikut adalah fakta-fakta utama yang menyebabkan Singapura meraih 69 mata, lebih rendah berbanding purata Asia.

LEBIH PENAT BERBANDING NEGARA JIRAN

Daripada segi mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk kekal sihat dan cergas, rakyat Singapura berada pada kedudukan yang tidak jauh daripada markah purata Asia. 

Namun "mengetahui" dan "melakukan" apa yang diperlukan untuk memastikan anda sentiasa bertenaga adalah dua perkara yang berbeza.

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa hanya 55 peratus rakyat Singapura bertenaga sepanjang hari. Rakyat Singapura memetik "halangan-halangan seperti kurangnya masa menyukarkan mereka untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat". 

Kurang tidur juga mungkin punca kurang tenaga dalam kalangan warga Singapura. 

Hanya 36 peratus rakyat mendapat tidur yang cukup setiap malam dan hanya kira-kira satu pertiga daripada mereka bangun dan rasa segar. 

Sebagai perbandingan, purata Asia hampir mencapai 50 peratus bagi kedua-dua faktor, iaitu 'tidur yang cukup' dan 'rasa segar apabila bangun'. 

BANYAK MAKAN MAKANAN SEGERA

Sebagai sebuah negara yang bangga dengan makanan tempatan, kita tidak mempraktikkan cara pemakanan yang baik. 

Ini bukan bermaksud bahawa kita harus makan di restoran berbintang Michelin. Sebaliknya, ia merujuk kepada mutu makanan yang dimakan.

Malah, tinjauan tersebut mendapati bahawa rakyat Singapura mempunyai tabiat pemakanan yang paling teruk berbanding enam negara yang lain.

Hanya kira-kira separuh responden mengatakan mereka makan lebih banyak makanan kurang atau tidak diproses berbanding makanan yang sudah diproses. 

Manakala hampir separuh memakan makanan yang seimbang. 

Sekalipun demikian, sebahagian besar responden minum air yang secukupnya sepanjang hari. 

SANGAT TERTEKAN

Jika anda ada berpendapat bahawa kurangnya keseimbangan kerja dan kehidupan adalah punca tekanan, tinjauan ini menemukan sebab yang lain. 

Berbanding dengan negara Asia yang lain, Singapura mendapat markah yang lebih rendah dari segi proaktif dalam pembangunan peribadi. 

Apabila bercakap mengenai daya tahan mental, kita mempunyai pandangan yang lebih negatif dan berasa bahawa kita tidak dapat mengawal kehidupan kita.

Maka tidak hairanlah jika hampir 30 peratus rakyat Singapura berasa tertekan, berbanding 24 peratus di negara lain. 

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita bersembang dengan warga tua kita tentang cara-cara menguruskan tekanan; golongan 'baby boomers' iaitu mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas secara keseluruhannya didapati mengawal tekanan lebih baik berbanding Gen Z (25 tahun ke bawah), menurut tinjauan tersebut.

ALASAN YANG SERING DIGUNAKAN: "SAYA TIDAK ADA MASA"

Anda mungkin berasa bahawa rakyat Singapura, yang lazimnya cenderung ke arah hasil yang dicapai, seringkali memikirkan tentang penetapan matlamat dan berstruktur. Namun menurut tinjauan itu, menunjukkan sebaliknya.

Hanya 66 peratus menetapkan matlamat berbanding purata Asia sebanyak 75 peratus. Rakyat Singapura juga kurang berstruktur berbanding negara lain. 

Seperti negara Asia yang lain, kita gemar menghabiskan masa dengan orang yang boleh membantu kita mempertingkatkan diri. 

Namun apabila mencari peluang dan cara untuk mempertingkat diri, kita tidak begitu berjaya. Kita juga lebih berkemungkinan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai masa yang cukup sepanjang hari. 

HARGAI SISTEM SOKONGAN KAMI

Satu pekara yang semua orang rasa penting adalah keluarga dan rakan-rakan, menurut tinjauan itu. 

Rakyat Singapura memberikan lebih banyak usaha untuk menjalin hubungan peribadi meskipun kurang sedikit berbanding negara lain. 

Walaupun lebih 70 peratus rakyat Singapura mengatakan bahawa diri mereka positif, lebih 30 peratus tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka. 

Lebih satu pertiga daripada rakyat Singapura juga tidak gemar bertemu dengan orang baru. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan