Sehingga 90% kambing bagi ibadah korban di Singapura sudah ditempah
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sehingga 90 peratus kambing bagi ibadah korban yang akan dilaksanakan di Singapura sudah ditempah dengan hanya kira-kira dua minggu sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidiladha.
Menurut pembekal utama dan juga syarikat yang akan mengendalikan ibadah korban di Singapura tahun ini, Aliyah Rizq, harga lebih rendah kali ini antara faktor yang mendorong permintaan lebih baik.
Jika tahun lalu harga bagi setiap kambing ialah S$667, tahun ini ia diturunkan kepada S$659.

"Disebabkan kami dapat menempah satu kapal terbang penuh, ia dapat menurunkan harga seekor kambing. Pada tahun tahun yang lepas, kami terpaksa menempah kapal terbang tetapi ada ruangan yang kosong dan ia menjadi kos tambahan. Jadi dengan lebih banyak kambing yang kita tempah dan bawa masuk ke Singapura, maka lebih murahlah jadinya," jelas pemilik syarikat Aliyah Rizq, Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar.
Jumlah kambing yang dibawa masuk tahun ini juga lebih tinggi iaitu sebanyak 1,050 ekor berbanding 850 ekor tahun lalu.
"Tambahan dari 850 ekor kambing kepada 1,050 ekor kambing adalah disebabkan permintaan yang lebih tinggi oleh masyarakat Singapura. Oleh itu, kami membawa masuk, datangkan satu kapal terbang kargo penuh untuk memenuhi permintaan ini," jelas Encik Ashraf.
Walaupun dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, masih ramai yang mahu melakukan ibadah korban di Singapura meskipun ia lebih mahal berbanding melaksanakannya di luar negara.
Kata Encik Ashraf, "Kami dapat melihat beberapa pesanan di mana seorang sohibul yang menempah lapan ekor kambing. Ada juga seorang yang menempah 12 ekor kambing. Terdapat beberapa pengurusan-pengurusan kami yang menempah kambing-kambing untuk mengagihkan semua daging-daging kepada masyarakat."
Syarikat itu akan mengendalikan pelaksanaan ibadah korban di Masjid Omar Salmah, Masjid Petempatan Sembawang dan Masjid Tentera Diraja.
Syarikat Aliyah Rizq juga membekalkan kambing-kambing korban bagi Pertapis dan Muhammadiyah serta syarikat 7Sails yang akan mengendalikan ibadah korban di Masjid Al-Firdaus dan PERGAS Investment Holdings di Masjid Petempatan Melayu Sembawang.
PERTAPIS KENDALIKAN SENDIRI IBADAH KORBAN TAHUN INI
Jika tahun lalu, syarikat Aliyah Rizq juga mengendalikan korban di Rumah Peralihan Pertapis namun kali ini, ia sekadar membekalkan kambing korban.
Tahun ini, Pertapis sendiri akan mengendalikan pelaksanaan ibadah korban itu.

Pihak Pertapis juga akan bekerjasama dengan para asatizah daripada Darul Arqam.
"Salah satu inisiatif yang baru pada tahun ini ialah untuk memberikan peluang untuk mualaf untuk menunaikan ibadah korban secara fizikal. Jadi kami dapat mendorong untuk melakukan korban mereka secara 'live' dan juga mendapatkan pengalaman 'Islamic'. Dengan adanya ustaz dan ustazah yang menjelaskan tentang istilah-istilah, apakah hadis-hadis dan sunah-sunah berkaitan dengan korban, kami berharap pada tahun ini mereka mendapat suatu keistimewaan untuk pertama sekali melakukan ibadah korban," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Pertapis, Firdaus D'Cruz.
Setakat ini, 66 kambing iaitu sekitar separuh daripada jumlah yang ditawarkan Pertapis sudah ditempah.
Berbekalkan pengalaman tahun lalu, Pertapis juga akan cuba memperbaiki antara kekurangan tahun lalu.
Menurut Presiden Pertapis, Mohamed Shaharin Mohamed Nordin, mereka mendapati bahawa ada beberapa sohibul kambing yang perlu menunggu beberapa jam untuk mendapatkan daging korban mereka.
Untuk itu, mereka mengadakan pilihan bagi penghantaran ke rumah bagi para sohibul korban yang ada urusan lain dan tidak dapat tunggu.
"Kami akan melakukan penghantaran bermakna sohibul kambing mempunyai pilihan sama ada mereka ingin mengambil sendiri daging-daging mereka pada keesokan harinya atau meminta kami untuk membuat penghantaran secara percuma kepada rumah mereka pada keesokan harinya," kongsi Encik Shaharin kepada wartawan Hidir Ezat.
Secara keseluruhan, Pertapis menawarkan sebanyak 120 ekor kambing bagi ibadah korban tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.