Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sehingga 3,000 pekerja sektor pengurusan sisa akan raih manfaat model gaji progresif baru

Sehingga 3,000 pekerja tempatan dalam sektor pengurusan sisa akan disertakan dalam model gaji progresif (PWM) yang baru, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (26 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Sehingga 3,000 pekerja sektor pengurusan sisa akan raih manfaat model gaji progresif baru

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 09:51PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 09:52PM

SINGAPURA: Sehingga 3,000 pekerja tempatan dalam sektor pengurusan sisa akan disertakan dalam model gaji progresif (PWM) yang baru, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (26 Jan).

Ini akan menyediakan "laluan kerjaya yang jelas bagi pekerja dalam sektor berkenaan untuk mendapat gaji lebih baik sejajar dengan peningkatan kemahiran dan daya pengeluaran mereka".

Langkah memperluaskan Model Gaji Progresif oleh rakan kongsi tiga pihak itu menandakan sektor kelima para pekerja akan diberi perlindungan daripada gaji yang tidak meningkat.

Sekarang ini, sekitar 8,000 pekerja dalam sektor pembersihan, keselamatan dan landskap disertakan dalam model gaji progresif (PWM), yang merujuk kepada "tangga gaji" yang direka untuk menaikkan gaji pekerja berpendapatan rendah menerusi peningkatan kemahiran dan kemajuan daya pengeluaran mereka.

Langkah untuk memperluaskan PWM kepada sektor pengurusan sisa merupakan "langkah pertama dalam usaha lebih luas Kumpulan kerja Rakan Kongsi Tiga Pihak bagi Pekerja Berpendatapan Rendah untuk melakarkan peta jalan beberapa tahun bagi mempertingkatkan hasil pekerjaan dan kebajikan para pekerja berpendapatan rendah," menurut MOM pada Selasa.

Bagi menyelia pelaksanaan PWM, rakan-rakan kongsi tiga pihak membentuk sebuah Kelompok Rakan Kongsi Tiga Pihak bagi Pengurusan Sisa yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah Operasi dan Pengerahan NTUC, Fahmi Aliman dan Timbalan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Encik Felix Loh.

Kelompok pengurusan sisa itu terdiri daripada wakil-wakil dari pembeli dan penyedia perkhidmatan, kesatuan-kesatuan sekerja dan agensi-agensi pemerintah, menurut MOM.

Kelompok Rakan Kongsi Tiga Pihak itu dijangka memberikan saranan-saranannya dalam separuh kedua tahun ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan