Skip to main content

Singapura

Sehingga 20,000 hadirin dijangka sertai sambutan NTUC Bay di The Promontory

Lebih ramai rakyat Singapura boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan di The Promontory@Marina Bay.

Anggaran Waktu Membaca:
Sehingga 20,000 hadirin dijangka sertai sambutan NTUC Bay di The Promontory

Penyanyi rap tempatan SHIGGA SHAY akan mempersembahkan sebuah lagu unik semasa sambutan di Marina Bay. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan di The Promontory@Marina Bay. Ini kerana satu lagi pertunjukan pratonton diwujudkan tahun ini.

Sehingga 20,000 peserta dijangka hadir bagi dua pertunjukan pratonton dan pertunjukan pada Hari Kebangsaan.

Selain itu, penyanyi rap tempatan SHIGGA SHAY juga akan mempersembahkan sebuah lagu unik semasa sambutan di Marina Bay.

Beliau merupakan antara artis utama yang ditampilkan, bersama bakat-bakat muda tempatan lain.

Bercakap mengenai lagu unik yang akan dipersembahkan beliau, SHIGGA SHAY berkata: "Anda akan dengar banyak perkataan Singlish dan bahasa tempatan, slanga tempatan, loghat tempatan dalam muzik ini dan persembahannya sendiri."

"Terutamanya bagi SG60, ulang tahun Singapura yang ke-60, kita meraikan satu pencapaian negara. Jadi saya fikir Singlish dan bahasanya sendiri adalah sesuatu yang menyatukan semua rakyat Singapura," tambah beliau.

Sambutan ulang tahun Singapura yang ke-60 juga menjadi satu peluang istimewa bagi Nur Muhammad Syahmi Abdul Razak, yang merupakan antara anggota Jawatankuasa Penganjur Belia acara tersebut.

"Peranan saya adalah dalam kumpulan kerahan dan dampingan. Saya menyertai usaha pendampingan, iaitu pameran bergerak kami di institusi-institusi di merata Singapura. Jadi, saya menolong untuk merancang apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan," kata beliau.

"Untuk (sambutan) NDP NTUC, para belia boleh menyertai banyak aktiviti yang menarik seperti pameran AI, rakaman dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik bagi para belia," tambahnya.

Melalui pameran interaktif yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), orang ramai boleh merakam gambar dengan latar belakang yang berbeza-beza.

Ia boleh ditukar dengan menggunakan kata kunci yang mencerminkan visi belia bagi Singapura.

Orang ramai boleh mengundi bagi mendapatkan tiket percuma ke Sambutan NDP NTUC di Pesisiran mulai Jumaat (20 Jun) hingga 4 Julai.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita