Skip to main content

Singapura

Sehingga 150 syarikat pemula AI di SG bakal nikmati akses lebih mudah kepada pendanaan

Sehingga 150 syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) di Singapura akan mendapat akses lebih mudah kepada pendanaan, dalam tempoh tiga tahun.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Oct 2025 05:52PM Dikemas Kini : 11 Nov 2025 03:47PM
SINGAPURA: Sehingga 150 syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) di Singapura akan mendapat akses lebih mudah kepada pendanaan, dalam tempoh tiga tahun.

Ini dibolehkan satu program baharu kendalian Enterprise Singapore, Universiti Nasional Singapura dan syarikat Microsoft.

Berucap di acara syarikat pemula Switch 2025, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata Singapura akan mengadakan sokongan bagi membantu syarikat-syarikat di pelbagai peringkat pertumbuhannya.

"Bagi para usahawan dan pengasas kita, nilai sebenar Singapura terletak bukan sahaja dalam apa yang kita bina di sini, tetapi juga dalam bagaimana kami menjadi batu loncatan global bagi mereka - suatu pangkalan dipercayai untuk berkembang ke pasaran-pasaran serantau dan global," kata Encik Gan.
Sumber : CNA/DY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita