Sehingga 1.1 juta penduduk SG bakal raih manfaat peningkatan subsidi jagaan kesihatan mulai 1 Okt
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai 1 Okt, subsidi penjagaan kesihatan awam bagi pelbagai perkhidmatan akan dinaikkan, sekali gus memberi manfaat kepada 1.1 juta penduduk Singapura, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (30 Sep).
Antara perubahan itu - subsidi di hospital masyarakat akan ditambah agar sejajar dengan yang ditawarkan di hospital akut.
Di bawah rangka kerja subsidi hospital masyarakat yang dipertingkatkan, rakyat Singapura yang layak akan menerima subsidi sekurang-kurangnya 50 peratus, meningkat daripada 30 peratus sekarang.
Peningkatan ini seiring dengan kriteria pendapatan isi rumah per kapita bulanan (PCHI) lebih tinggi, yang juga akan berkuat kuasa mulai 1 Okt, untuk uji kelayakan (means test) bagi skim dan geran penjagaan kesihatan.
MOH akan menaikkan tanda aras PCHI bulanan untuk setiap peringkat subsidi, dengan jumlah yang ditambah ditetapkan antara S$100 hingga S$800.
Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pentadbir skim akan secara automatik menawarkan subsidi dan geran yang sepadan kepada warga Singapura yang layak. Pemegang kad CHAS sedia ada yang layak mendapat kad CHAS dengan subsidi lebih tinggi juga akan secara automatik diberi kad baharu selepas 1 Okt.
Selain itu, MOH akan menaikkan subsidi untuk perkhidmatan penjagaan paliatif, seperti perkhidmatan penjagaan paliatif pesakit di hospis, penjagaan paliatif di rumah dan hospis harian.
Semua warga Singapura akan menerima subsidi sekurang-kurangnya 50 peratus, tanpa mengambil kira PCHI bulanan mereka.
Bermula dari 1 Dis, MOH juga akan mengembangkan secara progresif senarai perkhidmatan diagnostik bersubsidi di hospital masyarakat, dan menyelaraskannya dengan subsidi di hospital akut.
Pelan bagi subsidi yang lebih tinggi itu diumumkan awal tahun ini semasa Belanjawan yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Lawrence Wong.
Perubahan tersebut akan menyebabkan pemerintah menanggung kos tambahan S$300 juta setahun, kata Encik Wong.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.