Skip to main content

Singapura

Sehingga 10 orang boleh makan semeja di luar mulai 29 Mac

Kumpulan sehingga 10 individu lengkap divaksin boleh makan semeja di kedai makanan dan minuman mulai 29 Mac sejajar dengan langkah Singapura untuk menambah had lima orang sekarang bagi perhimpunan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Sehingga 10 orang boleh makan semeja di luar mulai 29 Mac

(Gambar: Deepika Murugesan/Unsplash)

SINGAPURA: Kumpulan sehingga 10 individu lengkap divaksin boleh makan semeja di kedai makanan dan minuman mulai 29 Mac sejajar dengan langkah Singapura untuk menambah had lima orang sekarang bagi perhimpunan sosial.

Ini juga dibenarkan di pusat penjaja dan kedai kopi di mana pemeriksaan Berdasarkan Status Vaksinasikan (VDS) dilaksanakan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (24 Mac).

"Bagi mengurangkan beban operasi terhadap pengendali F&B, kami akan membenarkan semua cawangan F&B untuk menerima masuk kumpulan lebih kecil sehingga lima orang lengkap divaksin tanpa perlu memeriksa status vaksinasi di pintu masuk," menurut MOH dalam satu kenyataan media.

"Sebaliknya, pemeriksaan rambang akan dijalankan bagi memastikan hanya individu lengkap divaksin makan di luar, dan ia merupakan tanggungjawab pelanggan untuk mematuhi peraturan ini."

Sekatan sedia ada terhadap penjualan dan minuman keras selepas 10.30 malam di kedai-kedai F&B juga akan ditiadakan.

Selain itu, persembahan secara langsung dibenarkan di untuk kembali mengikut saiz kumpulan seramai 10 individu.

"Kami juga akan menarik balik sekatan terhadap tayangan secara langsung dan program hiburan yang dirakam di kedai F&B," menurut MOH.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan dalam ucapannya ke seluruh penduduk Singapura pada Khamis bahawa saiz kumpulan dinaikkan kepada 10 orang dan aturan memakai pelitup di luar bangunan tidak diwajibkan dengan jarak selamat 1 meter dikekalkan, sebagai sebahagian daripada "tindakan tegas ke arah" menjalani kehidupan dengan COVID-19.

Dalam satu sidang media menyusuli ucapan PM Lee itu, pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Gan Kim Yong berkata jumlah kes harian COVID-19 di Singapura terus merosot, dengan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kini sekitar 0.7 hingga 0.8.

Jumlah kes jangkitan serius juga merosot, katanya.

"Semua ini menunjukkan bahawa gelombang Omicron sudah capai kemuncaknya dan semakin merosot. Dan dengan ini kami dapat maju ke hadapan dalam perjalanan kami ke arah daya ketahanan COVID," kata Encik Gan.

Pihak berkuasa juga melonggarkan sekatan terhadap aktiviti nyanyian beramai-ramai dan kegiatan serupa.

"Kami sebelum ini mengambil pendirian tegas terhadap aktiviti nyanyian beramai-ramai kerana risiko penularan yang lebih tinggi. Namun kita kini berada dalam keadaan yang berlainan dan boleh mula melonggarkan langkah-langkah sekatan ini," menurut MOH.

Dengan pelitup tetap dipakai sepanjang aktiviti sedemikian, nyanyian secara berkumpulan, sorakan penonton di acara serta aktiviti bernyanyi di sekitaran umum seperti di rumah ibadah dan sekolah kembali dibenarkan.

Pemerintah secara berasingan juga akan melihat bagaimana untuk menyambung semula perniagaan kelab malam seperti bar, pub, tempat-tempat karaoke dan disko, menurut MOH.

"Kegiatan-kegiatan ini mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi dan di mana lazimnya berlaku lebih banyak kesukaran untuk mematuhi langkah pengurusan selamat 1 hingga 5," menurutnya.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) akan memberikan kemas kini berhubung pembukaan semula sektor itu dalam beberapa minggu akan datang.

Acara-acara sosial khusus berskala besar seperti majlis makan malam, acara keramaian korporat, sambutan hari jadi dibenarkan untuk disambung semula memandangkan situasi COVID-19 yang semakin stabil selain memastikan ia sejajar dengan acara-acara yang lain, menurut MOH.

"Para peserta harus mengamalkan sifat berhemah dan berjaga-jaga, serta menghadkan pergaulan hanya bersama kumpulan semeja," menurut MOH.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita