Segmen persembahan NDP diadakan secara serentak di Marina Bay dan Padang
Segmen persembahan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada tahun ini akan berlangsung di Marina Bay dan Padang secara serentak buat julung-julung kalinya.
Selain itu, lagu Hari Kebangsaan tahun lalu, yang berjudul "Not Alone", juga akan dipersembahkan kali ini dengan sedikit kelainan.
Ia akan dinyanyikan oleh dua artis kegemaran ramai, Benjamin Kheng dan Rahimah Rahim, dengan gaya mereka tersendiri.
"Saya sangat teruja dapat bernyanyi bersama Benjamin. Dia seorang artis muda dan ini adalah satu cabaran yang hebat bagi diri saya.
"Jadi (apabila) diberi peluang, saya rasa gembira dan juga rasa gementar pun ada sebab masing-masing ada citarasa masing-masing," kata Cik Rahimah.
Mereka berdua adalah antara lebih 40 artis dan 3,000 individu yang akan menjayakan segmen persembahan tahun ini.
Untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, persiapan bagi ulang tahun Singapura yang ke-60 dimulakan sejak awal tahun lalu.
Dalam pada itu, para pelajar boleh menikmati sedikit sebanyak persembahan NDP sempena pertunjukan Pendidikan Nasional yang bermula hujung minggu depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.