Segmen persembahan berskala besar kembali di NDP 2022
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jawatankuasa Eksekutif NDP 2022
SINGAPURA: Segmen persembahan langsung berskala besar akan kembali diadakan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bulan depan di Pentas Terapung Marina Bay.
Bertajuk "The Story of Us" atau "Kisah Kita",persembahan itu menonjolkan perpaduan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat.
"Saya rasa tema ini merupakan refleksi bagi semua lapisan rakyat Singapura yang sudah lakukan yang terbaik untuk menjaga diri satu sama lain dan membuat banyak pengorbanan agar Singapura dapat mengharungi pandemik ini dan terus kekal berjaya pada masa depan," ujar seorang peserta NDP, Encik Muhammad Asyraf.
Segmen pertunjukan kali ini menampilkan lebih 2,000 peserta yang kembali berhimpun setelah dua tahun.
Ia termasuk golongan belia dan beberapa keluarga yang menunjukkan versi Semangat Singapura dalam persembahan mereka.
Kira-kira 500 pelajar sekolah menengah pula akan buat persembahan dalam segmen yang meraikan sikap optimistik dan semangat baru bagi masa depan.
Selain muka-muka baru, ramai juga pesertanya merupakan mereka yang sudah menyertai NDP berkali-kali.
"Saya sangat bangga menjadi anak Singapura. Tahun ini tahun terakhir saya di Platform (Pentas Terapung). Sukar bagi saya untuk lepaskan Platform kerana banyak memori yang tidak dapat saya lupakan," kata seorang peserta NDP, Cik Hashima Ali Rashid.
Selain itu, semangat kekeluargaan juga merupakan salah satu tema yang bakal dipamerkan, sempena Tahun Meraikan Keluarga SG.
Terdapat juga peserta kurang upaya yang bakal membuat persembahan.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.