Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Segelintir pekerja hijrahan rasa lori sebagai pengangkutan jarak jauh masih berbahaya

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun langkah baru untuk menjadikan lori bagi pekerja hijrahan sebagai pengangkutan lebih selamat dialu-alukan, ada segelintir yang merasakan menggunakan lori sebagai pengangkutan bagi perjalanan jarak jauh masih berbahaya.

Mereka juga menimbulkan soalan bagaimana langkah-langkah baru itu akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa dan dijalankan oleh para majikan.

Pada Rabu (19 Okt), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Polis Trafik mengumumkan bahawa langkah-langkah baru itu akan bermula pada Januari tahun depan.
Mediacorp pada Jumaat (21 Okt) mewawancara kumpulan hak pekerja hijrahan yang mengalu-alukan langkah-langkah tersebut namun menyatakan ia tidak menangani risiko keselamatan "yang wujud" menggunakan lori sebagai pengangkutan.

Langkah-langkah tersebut juga meletakkan tanggungjawab tambahan ke atas para pekerja dan syarikat mungkin akan melangkaui peraturan sedemikian, menurut kumpulan tersebut.

Bagi Venkat yang berumur 33 tahun, seorang pekerja di tapak binaan selama enam tahun di Singapura, majikannya hanya mengangkut para pekerja menggunakan lori untuk jarak dekat.

Encik Venkat, yang tidak ingin nama penuhnya didedahkan, adalah salah seorang daripada tujuh pekerja hijrahan yang diwawancara oleh Mediacorp.

"Jika kami berdekatan dengan dormitori, pemandu akan menghantar kami ke sana. Jika tidak, beliau akan menurunkan kami di stesen MRT berhampiran dan kami akan mengambil pengangkutan awam untuk balik," kata beliau.

Beliau menambah bahawa syarikat beliau mengikut garis panduan sedia ada dengan ketat seperti menetapkan maksimum lapan pekerja duduk di bahagian belakang lori.

"Ia sangat memenatkan jika anda bekerja sepanjang hari dan kemudian harus memandu lori selepas itu, jadi masa rehat selamat 30 minit sangat baik," kata beliau.

"Jika pemandu penat, beliau mungkin akan memandu kami pulang dan ingin berehat secepat mungkin. Ia adalah berbahaya."

"Berhubung pelindung hujan pula, Encik Venkat hanya berkata ia "baik".

Para pekerja yang diwawancara Mediacorp juga menarik perhatian bahawa menaiki lori adalah berbahaya.

Encik Prakash, 38 tahun berkata "ia tidak selamat untuk menggunakan lori kerana pernah berlaku kejadian ada orang terjatuh dan mati ketika mereka duduk di belakang".

Seorang lagi pekerja hijrahan yang enggan menyatakan namanya berkata ia tidak selesa dan berbahaya apabila lori dipandu dengan laju melepasi bonggol jalan.

"Sebuah bas lebih selamat kerana kami tidak akan tercampak ke luar jika berlaku kemalangan," kata beliau.

Juga ada beberapa pertanyaan mengenai bagaimana langkah-langkah baru itu akan dikuatkuasakan.

Ada yang bertanya jika rakan sebiliknya, seorang pekerja binaan yang kadangkala juga menjadi pemandu lori, sama ada gajinya akan dipotong kerana mengambil waktu rehat.

"Ia sangat meletihkan untuk memandu lori selepas bekerja sepanjang hari, namun saya tidak ingin gaji saya dipotong jika mengambil masa rehat selama 30 minit," kata beliau.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan